Thursday 4 April 2013

ANJAKAN PIBG KE-6 BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM


Dalam menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM, PIBG perlu melakukan Anjakan yang ke-6 iaitu meningkatkan kecekapan Biro- Biro yang telah dan akan ditubuhkan.

Menurut Para 6.6.1 Buku Panduan PIBG Sekolah-Sekolah Malaysia, JKuasa PIBG hendaklah berusaha mempelbagaikan dan mempertingkatkan kegiatan menerusi biro-biro  tertentu selari dengan perancangan sekolah. Penubuhan biro-biro hendaklah dibuat dalam mesyuarat J Kuasa PIBG.

Perlaksanaan Sarana Ibu Bapa  menuntut supaya PIBG menubuhkan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat. Jika biro-biro telah diwujudkan, maka PIBG perlu  menambah atau mengubah suai  nama biro berkenaan kepada Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat.

Biro Kumpulan Sokongan Ibu bapa bertanggungjawab membuat perancangan dan melaksana aktiviti bagi menggalakkan ibu bapa berkongsi pengalaman dalam meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak. Perkongsian pengalaman akan meningkatkan kemahiran ibu bapa menyediakan 4 aspek persekitaran pembelajaran di rumah.

Biro Maklumat pula bertanggungjawab menyediakan maklumat bagi meningkatkan penglibataan       ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan. Contoh maklumat yang  boleh disediakan ialah tahap penglibatan Ibu bapa Masa Kini, Senarai pelajar lemah, senarai ahli Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, Senarai kepakaran Ibu Bapa. Senarai ibu bapa yang secara sukarela membantu dalam aktiviti pelajar dan lain-lain.

Kemajuan Biro-Biro yang diwujudkan bergantung kepada inisiatif dan kreativiti ketua dan ahli-ahlinya.

Selamat menjayakan Biro-Biro demi kejayaan PIBG.


No comments:

Post a Comment