Tuesday 16 April 2013

ADAKAH ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG DAN PERKHIDMATAN PIBG?




Kepada  ahli PIBG dan pelawat yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke blog PIBG SMK Seafield. Terima kasih kepada anda yang menjadi tetamu tetap dan selamat bersua kepada tetamu baharu.

Blog ini disediakan untuk menjalin silatulrahim dikalangan ahli PIBG disamping menjadi forum bertukar-tukar fikiran dan maklumat tentang perkembangan semasa. Isu yang penting masa kini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta untuk meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran murid-murid di sekolah, rumah dan di komuniti kearah kecemerlangan. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan ialah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang mana pelancarannya telah dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Februari 2013 yang lalu.

Melalui blog ini, PIBG sedang menghebahkan  kepentingan Sarana Ibu Bapa dan cara mengisi soal selidik dan melakukan analisis kendiri bagi mengetahui tahap dan cara meningkatkan penglibatan ibu bapa bagi menyokong pembelajaran anak-anak. Blog ini juga menghebahkan berkenaan PPPM, Anjakan Ke-9, Transformasi dan Anjakan PIBG bagi menjayakan PPPM dan lain-lain.

Dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan PIBG secara berterusan,  kajian kepuasan pelanggan sedang di jalankan bagi mengetahui tahap kepuasan pelanggan dalam aspek kualiti blog ini dan perkhidmata PIBG SMK Seafield secara keseluruhannya.

Kerjasama anda selaku ahli PIBG dan pelawat adalah dipinta untuk mengisi format kajian kualiti blog dan kualiti perkhidmatan PIBG secara keseluruhannya yang terdapat di sebelah kanan blog ini. Sukacita jika anda dapat juga mencatatkan pandangan, komen dan cadangan di ruangan comment atau Jom Sembang.

Di atas kerjasama serta pandangan dan cadangan anda untuk menambah baik perkhidmatan PIBG, didahului dengan jutaan terima kasih.

Berusaha Ke arah Kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment