Saturday 23 March 2013

PERANAN IBU BAPA DAN PIBG DALAM PPPM 2013-2025




YAB Perdana Menteri telah melancarkan PPPM pada 11 September 2012 yang menjadi  pemacu Transformasi Pendidikan. Pelan ini digubal hasil Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara dan menggambarkan visi dan aspirasi sistem pendidikan dan murid yang akan dapat memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Aspirasi Murid dan Sistem Pendidikan ada seperti berikut:
 
  1.      Aspirasi Murid: Membina murid yang berPengetahuan, berIdentiti Nasional, berEtika dan Kerohanian, mempunyai Kemahiran Berfikir. Kemahiran Memimpin dan Kemahiran Dwi Bahasa (PIE3K). 
  2.         Aspirasi Sistem Pendidikan: Kecekapan, Ekuiti. Perpaduan, Akses, dan Kualiti (KEPAK).

PPPM dilaksanakan melalui 11 Anjakan Strategik dan Operasi yang akan  dapat menjayakan Transformasi Pendidikan. Anjakan  ke-9  menggariskan peranan PIBG yang merupakan pemangkin dalam menggalakan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran seperti berikuti:
 “Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta secara meluas.”

Dalam menjayakan transformasi Pendidikan, setiap ibu bapa dan PIBG perlu melakukan anjakan daripada:
Pembelajaran Berasaskan Sekolah
kepada
    Sistem Pembelajaran Yang Lebih Meluas
dengan bantuan komuniti, sektor swasta, dan sektor sosial sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid dengan:

  1. Menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak melalui PIBG yang  menyediakan maklumbalas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah.
  2. menggunakan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong Pembelajaran murid
  3. Sekolah mempunyai rangkaian masyarakat dan sektor swasta sebagai rakan yang memberi kepakaran kepada kemajuan sekolah
  4. Penglibatan semua bagi mengwujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid. 
  5. PIBG memberi maklumbalas mengenai perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.

 “ Pada masa hadapan, Peranan PIBG akan berkembang daripada tumpuan biasa terhadap usaha pengumpulan dana kepada bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk meningkatkan keberhasilan murid. Secara kususnya, PIBG dipelawa untuk mengemukakan input tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadi kurikulum kebangsaan lebih releven dengan keperluan masyarakat setempat dan memberikan maklum balas tentang kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajaran anak mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam setengah keadaan, hal ini mungkin bermaksud menjadikan ibu bapa sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk aktiviti sekolah.” (Ringkasan Eksekutif PPPM)

Penerangan lebih lanjut berkenaan penggunaan Sarana Ibu Bapa akan menyusul, insyaAllah.

Salam 1Malaysia,
Dato' Seri Hj Abd. Rahman Hj Ali
Jurilatih Utama Kebangsaan. 


No comments:

Post a Comment