Tuesday 26 March 2013

PELANCARAN SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH


Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah telah dilancarkan oleh YB  Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran mewakili YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Februari 2013. 




Pelancaran majlis yang berwarna warni ini di sulami oleh persembahan murid-murid daripada  Sekolah Seni Malaysia untuk tuntunan seramai lebih 5,000 orang jemputan. Ianya juga menawarkan 6 forum yang mengemukakan peranan sekolah, ibu bapa, PIBG, NGO dan pihak swasta dalam memajukan murid dan kecemerlangan pendidikan.

Pelancaran ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran bahawa kerajaan sedang menjalankan kempen supaya ibu bapa, PIBG, Komuniti dan Sektor swasta  sama-sama meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran murid-murid ke arah merealisasikan 6 Aspirasi Murid iaitu: 
  1. berPengetahuan, 
  2. mempunyai Identiti National, 
  3. berEtika dan Kerohanian, 
  4. berKemahiran Berfikir. 
  5. berKemahiran Memimpin, dan 
  6. berKemahiran Dwi Bahasa. 
Ke enam-enam ciri ini adalah penting bagi membolehkan murid-murid berjaya menjadi tenaga kerja berkualiti dalam menghadapi  cabaran di Abad ke 21 ini.

Nota: Bagi mengingatkan 6 ciri tersebut di atas saya menggubal acronym, PIE3K.

Bagi mengetahui apa itu Sarana Ibu Bapa, ikuti posting akan datang.



No comments:

Post a Comment