Tuesday 2 April 2013

ANJAKAN PIBG KE-4 BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM


Setelah kepimpinan PIBG mempunyai iltizam untuk memenuhi tuntutan Anjakan Ke-9 PPPM, memantapkan penerapan dan amalan nilai murni dan etika kerja yang cemerlang serta mengfokuskan perkhidmatan kepada pelanggan terutama kepada murid yang merupakan pelanggan utama, PIBG perlu memperkasa dirinya melalui pengurusan strategi. 

Sebagaimana saranan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran yang menekankan bahawa transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju yang jelas, transformasi PIBG  memerlukan pengurusan strategi yang meliputi perancangan, perlaksanaan dan pengawalan strategi.

Dalam merancang strategi, PIBG tidak boleh lagi melakukan perancangan tahunan. PIBG perlu melakukan perancangan strategik yang meliputi perancangan melebihi setahun selaras dengan Anjakan Ke-9 yang merangkumi 13 tahun. Ini meliputi Aspirasi, Visi dan Misi PIBG, Bidang Keberhasilan Utama PIBG atau PTA's Key Result Areas (PKRA), Program, Aktiviti dan Pelan Operasi berpandukan  Akta Pendidikan 1996, Peraturan dan Perlembagaan PIBG dan PPPM,analisis perkhidmatan dan maklumat terkini .Contoh salah satu program yang perlu dirancang ialah membimbing semua ibu bapa melaksanakan Sarana Ibu Bapa bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak dalam tempoh 2013-2015. PIBG juga perlu merancang aktiviti Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat yang telah ditubuhkan.

PIBG dan sekolah juga perlu merancang strategi bagi menaik taraf sekolah daripada taraf sekolah biasa kepada Sekolah Kluster Kecemerlangan. Daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan kepada Sekolah Berprestasi Tinggi. Jangka masa perancangan ini sudah tentu melebihi setahun.

Dalam melaksana strategi yang telah dirancang, PIBG perlu menganalsis  dan menambah baik cara dan proses kerca supaya menepati masa, mengurangkan kos dan memenuhi kehendak pelanggan dan Stakeholders iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. AJK PIBG perlu mengunakan Biro- Biro yang ditubuhkan bagi mrningkatkan prestasi PIBG.

Setiap strategi yang dilaksanakan memerlukan pengawalan supaya ianya efesyen dan berkesan.  Pengawalan meliputi penilaian bulanan, semasa Mesyuarat Agung Tahunan, pentaksiran, penandaarasan dan pengiktirafan.

Pengamalan pengurusan strategi dapat memperkasa  transformasi PIBG ke arah menjayakan transformasi Pendidikan.

Posting yang akan datang akan menerangkan Anjakan PIBG Ke-5: Membimbing Ibu Bapa bagi Meningkatkan  Penglibatan Ibu Bapa dalam Pembelajaran Anak-Anak. Anjakan Yang Penting bagi PIBG dan ibu bapa.

Anjakan Perlu Untuk Kejayaan

No comments:

Post a Comment