Thursday, 28 March 2013

TUNTUTAN ANJAKAN KE-9 TERHADAP PIBG DAN IBU BAPA

Anjakan Ke-9 PPPM untuk Tindakan PIBG dan Ibu Bapa

Untuk memacu Transformasi Pendidikan ke arah merealisasikan Aspirasi Murid (PIE3K) dan Aspirasi Sistem Pendidikan (KEPAK), semua pihak perlu meneliti  11 Anjakan PPPM dan   memenuhi tuntutan yang berkaitan.

Bagi PIBG dan ibu bapa, Anjakan Ke-9 menuntut supaya ibu bapa, PIBG, komuniti dan pihak swasta bekerjasama secara meluas dalam pembelajaran anak melalui Sarana Ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Secara khusus, PIBG dan ibu bapa perlu memenuhi tuntutan Anjakan ke-9 dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut: 
  1. PIBG sebagai peneraju permuafakatan antara ibu bapa, sekolah, komuniti dan sektor swasta dalam menggalakkan semua pihak meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan.
  2. PIBG sebagai pemangkin dalam mengwujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
  3. PIBG menjadi pembimbing ibu bapa dalam penggunaan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong pembelajaran.
  4. PIBG mengendalikan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat bagi menggalakkan perkongsian pengalaman dan memberi khidmat kepada sekolah.
  5. PIBG menyediakan maklumbalas tentang penggunaan Sarana Ibu Bapa dan Penglibatan Ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak.
  6. PIBG memberi input kepada perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.
Dengan pelancaran PPPM, tugas PIBG kini bertambah berat dan lebih mencabar. Kalau dulu tanggungjawab PIBG tertumpu kepada 4 tugas sepertimana tercatat dalam Para 4 Perlembagaan PIBG, kini tugas PIBG sekurang-kurang 6 iaitu yang ke-5:Membimbing Ibu Bapa melaksana Sarana Ibu Bapa dan yang ke-6: Memberi maklumbalas tentang perlaksanaan Kurikulum Setempat dan Kualiti Guru menjelang 2016.

Untuk melaksana tambahan tugas yang baru PIBG perlu bermuhasabah dan memikirkan hala tuju dan pendekatan yang perlu dilakukan bagi menjayakan PPPM yang menjangkau  sehingga 2025.

Posting akan datang akan menggariskan  Aspirasi dan 7 Anjakan PIBG bagi mempastikan seluruh PIBG mampu memenuhi tuntutan Anjakan Ke-9 dan PPPM.

No comments:

Post a Comment