SARANA IBU BAPA

Membantu Ibu Bapa Meningkatkan Penglibatan Dalam Pembelajaran Anak-Anak




Assalammulaikaum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

“.... Menerusi Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, semua pihak
yang terlibat akan mempunyai peluang dan berperanan dalam
membantu membangunkan modal insan agar selaras dengan hasrat
Negara untuk mencapai kecemerlangan sistem pembelajaran”.
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
24 Februari 2013


Itulah saranan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran kepada semua yang terlibat termasuk ibu bapa supaya meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan semasa Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah pada 24 Februari 2013. 

Kita sebagai ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjaga dan mendidik anak-anak supaya mereka sentiasa sihat (healthy), gembira (happy), dan berjaya (success). Bagi mempastikan mereka berjaya dalam pelajaran, kita perlu menigkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak melalui  3 perubahan:

  1. Berganjak cara pemikiran kita daripada bergantung sepenuhnya Sistem Persekolahan untuk mendidik anak-anak kita semasa di sekolah kepada Sistem Pembelajaran yang menumpukan pembelajaran anak-anak bukan sahaja di sekolah bahkan juga semasa di rumah.


   
      2. Ibu bapa perlu meluaskan masa belajar anak-anak semasa mereka di rumah yang meliputi 
          12.5 jam selain masa tidur dan semasa di sekolah. Gunakan sepenuhnya masa di rumah untuk
          membuat kerja rumah, tuition dan belajar disamping beriadah.




   3.  Bagi memastikan persekitaran di rumah menyokong pembelajaran, ibu bapa perlu 
        menumpukan   kepada 4 aspek:
  1. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
  2. Interaksi sosial dengan anak
  3. Komunikasi dengan anak
  4. Sokongan terhadap kecemerlangan anak


 

Sejauh mana anda telah berupaya menyediakan persekitaran menyokong pembelajaran anak-anak anda masakini? Anda boleh mengetahui kemampuan anda dengan menjawab soal selidik di muka surat 8 hingga 10 di dalam buku Sarana Ibu bapa dan membuat analisis di muka 11 hingga 15. 

Setelah mengetahui tahap anda sama ada Cemerlang/ Sedang maju/ Asas, anda boleh menambahbaik prestasi anda dengan meningkatkan penglibatan dalam aspek berkenaan seperti tingkatkan bilangan hari berkomunikasi, berinteraksi  dan beriadah bersama.

Anda boleh dapatkan buku Sarana Ibu Bapa dengan CLICK DI SINI: SARANA IBU BAPA.  (Harap tunggu sebentar semasa downloading)

Anda  digalakkan berkongsi pengalaman anda dalam menyokong pembelajaran anak-anak dengan ibu bapa lain dengan menyertai Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dengan mencitak (print) dan mengisi Borang A di muka surat 35 Buku Sarana Ibu Bapa. Anda juga digalakkan menyumbang kepakaran anda dalam memajukan kegiatan murid disekolah dengan mengisi Borang B di muka surat 36. Borang A dan B yang telah diisi boleh dihantar ke sekolah untuk didaftarkan dalam Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Rekod Penyumbang Kepakaran.

Semoga kesungguhan anda dapat meningkatkan prestasi anak-anak anda ketahap cemerlang.

Selamat berjaya melalui Sarana Ibu Bapa.

Salam,
Dato Seri Abd Rahman Hj Ali
YDP PIBG SMK Seafield
Jurulatih Utama Kebangsaan
9hb April 2013 

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Masalah pengangkutan dari usj16 ke SMK Seafield, ada sessiapa boleh beri rujukan atau pendapat untuk penghantaran murid? Terima kasih didahulukan.

    Steven
    yts8@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. En Steven.
    T.Kasih diatas pertanyaan. Saya akan rujuk kepada sekolah untuk mendapatkan perkhidamtan mengangkut murid ke SMK Seafield dan balik ke rumah.

    YDP PIBG

    ReplyDelete
  4. As Salam dan Sejahtera kepada Warga PIBG SMKSeafield,

    Saya adalah bekas pelajar SMKSeafield dari tahun 96 - 2000. Saya berminat untuk berkongsi pengalaman saya di dalam projek pembangunan bola sepak di SMKSeafield. Saya mempunyai Lesen Jurulatih dari FAM dan berpengalaman dalam melatih bola sepak bagi kanak-kanak dibawah umur 15 tahun. Di zaman persekolahan saya di SMK Seafield, saya pernah mewakili sekolah dua kali di dalam sukan bola sepak.


    Terima Kasih.

    amir
    amer.arshad@gmail.com

    ReplyDelete