Wednesday 3 April 2013

ANJAKAN PIBG KE-5 BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM


Anjakan  Ke-5 yang perlu PIBG lakukan ialah  membimbing ibu bapa meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak melalui penggunaan Sarana Ibu Bapa (SIB). Perlaksanaan SIB dikalangan ibu bapa akan meningkatkan prestasi pembelajaran ke tahap cemerlang.

PIBG perlu merancang jadual latihan SIB bersama-sama Jurulatih Utama Negeri/Daerah yang berdekatan kerana mereka telah dilatih untuk memberikan ceramah dan latihan SIB di peringkat negeri dan daerah disamping Kepimpinan PIBG sendiri perlu faham  dan menghayati SIB.

Semasa latihan SIB kepada ibu bapa, PIBG perlu edarkan salinan buku Sarana Ibu Bapa jika ada. Jika tiada, memadai mengedarkan soal selidik kendiri yang akan diisi sendiri oleh ibu bapa semasa latihan. Ibu bapa selepas itu, perlu membuat analisis kendiri di tahap mana penglibatan mereka dalam pembelajaran anak  dalam 4 aspek:
  1. Penyediaan suasana pembelajaran  di rumah.
  2. Interaksi sosial dengan anak.
  3. Komunikasi dengan anak.
  4. Sokongan terhadap kecemerlangan anak.
Analisis kendiri akan menunjukkan ibu bapa sama ada kini berada di tahap Asas, Sedang Maju atau Cemerlang bagi setiap 4 aspek dan analisis keseluruhan. Tindakan perlu diambil oleh setiap ibu bapa bagi mempastikan mereka menambahbaik penglibatan mereka dalam 4 aspek seperti tersebut diatas.

Setiap PIBG juga perlu tahu tahap penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak bagi sekolah masing-masing. Sebagai contoh dengan membuat analisis berdasarkan sampel seperti mana yang dilakukan oleh SMK Seafield.


Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tindakan susulan perlu dilakukan oleh PIBG bagi mempastikan prestasi ibu bapa ditambah baik dan pastikan semua ibu bapa menggunakan SIB menjelang 31 Disember 2013.

PIBG juga perlu mendapatkan maklumat tentang kesanggupan ibu bapa melibatkan diri dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa melalui Borang A dan maklumat Bidang Khidmat Bantu Sekolah melalui Borang B yang juga diedarkan bersama soal selidik  kendiri dan Borang A. 

PIBG perlu menubuh dan mengaktifkan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Biro Maklumat (BM). Tindakan ini boleh diambil dengan mengubahsuai nama biro yang sedia ada atau menubuhkan biro yang baru dimana sesuai. Matlamat penubuhan KSIB adalah  untuk mengwujudkan forum bagi ibu bapa berkongsi pengalaman dalam meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak. Sementara Biro Maklumat adalah untuk menyediakan maklumat yang diperlukan bagi menjayakan SIB.

PIBG bersama sekolah juga diperlukan bersedia memberi maklumbalas tentang kemajuan perlaksanaan SIB kepada PPD dan JPN dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment