Saturday 23 February 2013

PELANCARAN SIB DAN SS OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI



Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan merasmikan Majlis Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di KL Convention Centre pada 24 Februari 2013 daripada 9:00 pagi hingga 4:00ptg.

Majlis ini dipenuhi dengan upacara perasmian di sebelah pagi dan enam forum berjalan serentak pada sebelah petang, 2:00ptg hingga 4:00ptg. YDP SMK Seafield telah diberi penghargaan menjadi salah seorang panel Forum Ke-2 yang bertajuk Ibu Bapa: Penggerak Kecemerlangan Pendidikan. YDP juga bersama Pengetua Sekolah telah dilantik menjadi Jurulatih Utama Negeri untuk membimbing ibu bapa menggunakan Sarana Ibu Bapa (SIB) dan Sarana Sekolah (SS).




 Semua AJK dan Ahli PIBG dijemput hadir terutama ke Forum Ke-2 yang akan bertempat di Bilik 1 dan 2 Ground Floor, KL Convention Centre, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment