Tuesday 13 December 2011

KONVENSYEN PIBG KEBANGSAAN 2011

Perasmian oleh YB Dr Mohd Puad Bin Zarkashi

PIBG SMK Seafield merupakan salah satu  daripada 30 PIBG yang mewakili Selangor dalam Konvensyen PIBG Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 9hb- 11hb Disember 2011 di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highland.

PIBG SMK Seafield telah diwakili oleh Dato'Abd. Rahman Bin Hj Ali, Yang Di Pertua. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Panel Forum yang membincangkan tema Konvensyen yang berjodol " PIBG Pemangkin Gagasan 1 Malaysia." 




Perkongsian En Jaul anak Bunyau,Guru Besar SK 
Ulu Lubai,Limbang, Sarawak.


Konvensyen telah dirasmikan oleh Y.B Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran pada malam 9hb Disember,2011. Ianya diikuti pada keesokannya oleh Ucaputama  wakil Ketua Pengarah, Forum Dasar-Dasar Pendidikan "Cabaran dan Harapan", Perkongsian Amalan Terbaik PIBG oleh PIBG SK Ulu Lubai,Limbang , Sarawak dan PIBG SMK Putra Jaya Presint 9(1),dan Pembentangan Transformasi Pendidikan Vokasional.


Dato' Mazlan mempunyai suara yang lunak di tahap Pro.

Jamuan Makan Malam anjuran Kerajaan Negeri Pahang telah di adakan pada malam 10hb Disember 2011.
Kerajaan Negeri Pahang telah diwakili oleh YB Dato' Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli.

Forum "PIBG Pemangkin  1 Malaysia" telah diadakan  selama 1 jam 30 minit pada pagi 11hb Disember 2011 sebelum Majis Penutupan yang disampurnakan oleh Y B Dato' Ir, Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran.
Ucapan Penutupan oleh YB Dr Wee Ka Siong
Sesi Forum mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada peserta dengan soalan dan pandangan sehinggakan ada peserta yang telah bangun tapi tidak berkesempatan mengutara pandangan mereka oleh sebab kesuntukan masa. Namun Tuan Moderator telah mengsyorkan supaya mereka mengemukakan soalan atau pandangan kepada urusetia untuk diambil tindakan selanjutnya.

Y.B Dato' Dr Wee Ka Siong dalam ucapan penutupnya telah menzahirkan penghargaan diatas kehadiran, pengorbanan dan sumbangan peserta-peserta kepada PIBG dan  pendidikan negara. Beliau sangat peka diatas permohonan dana untuk PIBG yang diutarakan oleh peserta-peserta, namun kerajaan tidak berupaya mempertimbangkannya memandangkan kerajaan baru saja menyumbang:

  1. Bantuan Persekolahan RM100.00 kepada semua pelajar SK dan SMK ( Tahun 1- Tingkatan 5)
  2. Pemansuhan bayaran yuran tambahan RM 24.50 (SK) dan RM 33.50 (SMK). Ini melibatkan top up sejumlah  RM150 juta.
  3. Pemberian Baucer Buku RM200.00 kepada murid di IPTA, IPTS, Matrikulasi serta tingkatan 6.
Beliau juga mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Konvensyen di setiap negeri tahun depan seperti yang disyorkan. KPM juga akan menganjurkan Anugerah Kepimpinan PIBG sebagai menggantikan pertandingan yang tidak dapat diteruskan pada tahun ini.

Pada keseluruhan Konvenseyen ini telah memberi manfaat kepada 500 peserta yang terdiri daripada YBhg. Dato Mazlan Bin Muhammad, Pengarah Bahagian Sekolah Harian merangkap Pengerusi Pengelola. Pengarah- Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Negeri, Pegawai-Pegawai KPM, Pegawai-Pegawai IAB dan YDP-YDP PIBG.

Penulis berharap agar KPM akan mengambil tindakan keatas segala pandangan dan cadangan khususnya usaha untuk MENTRANSFORMASIKAN PIBG demi kemajuan PIBG, Pelajar dan Pendidikan Negara.

No comments:

Post a Comment