Thursday 1 December 2011

JARINGAN DENGAN PIBG INDONESIA



Tanggal 26 November 2011 merupakan tarikh bersejarah di mana tercipta  jaringan antara PIBG SMK Seafield dan PIBG SMA Negeri 4, Surakarta, Indonesia. 



Menjalin hubungan erat antara sekolah

Jalinan ini merupakan titik permulaan kerjasama antara kedua-dua PIBG dalam usaha memajukan sekolah dan pelajar( siswa ) di masa hadapan. Dalam ucapan YDP PIBG, beliau telah melahirkan kesyukuran kerana dapat bertemu dan menjalin silaturahim dengan komiti (PIBG) dan warga SMA Negeri 4. Beliau berharap hubungan ini akan membuahkan kerjasama yang akan dimenafaatkan kedua belah pihak. 




Ketua Komiti (baju biru) memerhati Ketua Sekolah
yang sedang melihat jadual di fonnya.


Sementara Ketua Komiti (PIBG) telah melahirkan rasa  sukacita menerima kunjungan rombongan dari SMK Seafield yang terdiri daripada Pengetua, YDP PIBG , dan 12 orang guru and AJK PIBG dan berharap lawatan ini akan disusuli dengan perlaksanaan beberapa projek bersama.


Pemberian cenderamata daripada SMA Negeri 4



Ketua Sekolah( Pengetua) menzahirkan rasa sukacita dan berterima kasih kerana dalam  merancang mencari rakan (partner) di peringkat antarabangsa, pihak SMK Seafield telah menghulur tangan untuk menjalin jaringan dengan sekolahnya. 

Balasan Ikhlas daripada SMK Seafield




Pengetua, Y.Bhg Datin Hjh Zaleha telah juga memberi ucapan yang membanggakan dan seterusnya memberi taklimat berhubung kemajuan SMK Seafield dan mencadangkan untuk menghantar guru-guru mengajar English dan Sejarah di SMA Negeri 4 dalam bulan Januari 2012. Cadangan ini disambut baik oleh Ketua Sekolah , Komiti dan guru-guru sekelian. 

Dewan Serbaguna sumbangan Komiti (PIBG)




 Komiti SMA Negeri 4 didapati amat aktif dan telah banyak menyumbang kepada kemajuan sekolah yang telah berusia lebih setengah abad itu. Diantara sumbangan ialah pembinaan dewan serbaguna dan van sekolah. Rupa bentuk kemudahan dewan ini adalah sama seperti cadangan Pusat Koko yang sedang dalam proses pembinaan. Semantara pembelian  van untuk kegunaan sekolah juga  boleh dipertimbangkan di masa hadapan.




Van juga sumbangan Komiti (PIBG)

Sesungguhnya lawatan SMK Seafield ke SMA Negeri 4, Surakarta telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Semoga kerjasama dan hubungan yang erat akan menghasilkan impak yang membanggakan  kepada kedua-dua pihak di masa hadapan.




No comments:

Post a Comment