Selepas PIBG sedar dan membuat komitmen untuk menyokong dan melaksanakan tuntutan Anjakan Ke-9 PPPM, setiap AJK PIBG perlu bermuhasabah berkenaan tahap budaya kerja di PIBG masing-masing. Adakah penerapan budaya kerja PIBG masa kini menepati nilai murni dan etika kerja cemerlang? Jika terdapat kelemahan, maka AJK PIBG perlu berusaha memantapkan nilai dan etika kerja kearah kecemerlangan.
Nilai murni yang perlu PIBG terap dan amalkan sebagai contoh: A.D.I.K
- Amanah: Perlantikan dan tugas di PIBG adalah suatu AMANAH yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab kerana kita akan diperanggungjawabkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan, di dunia dan di akhirat.
- Dedikasi: Kita sanggup berkorban masa, tenaga dan matabenda demi kemajuan dan kecemerlangan pelajar.
- Integriti: Segala tindakan kita perlu berlandaskan keikhlasan bagi menyakin dan memenangi kepercayaan ahli-ahli terhadap kita,
- Kreativiti: Kita perlu mempunyai semangat dan keupayaan untuk mencipta sesuatu yang baru. Make things Happen.
- Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab.
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
- Menyumbang bakti dengan penuh kemesraan dan keikhlasan.
- Mewujukan suasana kerja yang harmoni dan kondusif untuk kerja secara berpasukan (teamwork).
sudah pasti tuntutan Anjakan Ke-9 PPPM tidak dapat dilaksanakan dengan jaya. Oleh itu, muhasabah dan tambahbaik penerapan dan amalan nilai murni kearah etika kerja yang cemerlang.
Please Make Things Happen.
No comments:
Post a Comment