Bagi menyahut seruan kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak, anda selaku ibu bapa boleh mengetahui sejauh mana anda telah menyokong pembelajaran anak-anak dengan mengisi soal selidik dan membuat analisis kendiri.
Setelah mengetahui tahap kemajuan anda dalam 4 aspek dan keseluruhan, sama ada Cemerlang, Sedang Maju atau Asas, anda boleh menambah baik dengan meningkatkan hari penglibatan dalam aktiviti yang anda masih ketinggalan.
Borang Soal Selidik dan format Analisis Kendiri disertakan dibawah untuk tindakan ibu bapa sekalian.
SEJAUH MANA IBU BAPA MENYOKONG PEMBELAJARAN ANAK-ANAK KEARAH KECEMERLANGAN?
Matlamat ibu bapa memelihara dan membesarkan anak-anak adalah untuk menjadikan mereka rakyat yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara. Sementara mereka masih di dalam alam persekolahan, sewajarnya ibu bapa memberi sepenuh sokongan dalam pembelajaran anak-anak. Persoalannya, sejauh mana ibu bapa berupaya menyediakan empat (4) aspek persekitaran yang menyokong pembelajaran anak-anak? Empat persekitaran yang dimaksudkan ialah:
- Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
- Interaksi sosial dengan anak
- Komunikasi dengan anak
- Sokongan terhadap kecemerlagan anak
A. Latar belakang ibu bapa
Sila isi latar belakang anda sebagai ibu bapa dengan tandakan / di petak yang berkenaan. Contoh pengisian disertakan dibawah
Contoh pengisian:
B. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran di rumah dan Interaksi sosial dengan anak.
Setelah mengisi latarbelakang, anda perlu menjawab 5 soalan yang
berkaitan dengan penglibatan anda dalam Penyediaan suasana pembelajaran
anak di rumah dan 5 soalan dalam aspek Interaksi sosial dengan anak.
Contoh pengisian jawapan disertakan di bawah.
Contoh pengisisan jawapan:
Bagi aspek Penyediaan suasana pembelajaran di rumah skor saya ialah 3.
Menakala aspek Interaksi sosial dengan anak saya mendapat 22.
Setelah anda mengetahui skor anda, mungkin anda ingin tahu kemajuan anda
dalam aspek yang tersebut di atas. Untuk mengetahui sama ada anda
Cemerlang atau Sedang Maju atau masih di peringkat Asas, anda perlu
membuat analisis kendiri dengan mencatatkan skor anda di ruang yang
berkenaan di bawah. Contoh analisis juga disertakan di bawah.
Contoh: Di ruang analisis kendiri bagi tajuk Penyediaan suasana pembelajaran di rumah, saya catatkan skor yang saya perolehi iaitu 3 diruang Sedang maju (2-3). Ianya menunjukkan bahawa saya sedang maju dalam menyediakan suasana pembelajaran anak di rumah. Saya perlu menambah baik dengan memastikan tempat belajar anak saya sentiasa bersih dan kemas. Saya juga perlu menyediakan buku rujukan anak saya secukupnya.
Anda perlu mengisi skor anda di ruang yang berkenaan di bawah bagi aspek
Interaksi sosial dengan anak anda. Contoh pengisian juga disertakan di
bawah.
Contoh: Bagi aspek Interaksi sosial dengan anak saya memperolehi skor
22. Saya catatkan skor saya di ruang Cemerlang (22-35). Analisis
menunjukkan bahawa saya telah melakukan hampir semua aktiviti sosial
bersama anak saya. Namun saya perlu menambah bilangan hari dalam
berbual, beriadah dan makan bersama dengan anak.
C. Komunikasi dengan anak dan Sokongan terhadap kecemerlangan anak.
Ingin tahu sejauh mana anda telah membantu anak anda dalam
pembelajarannya melalui aspek komunikasi dan sokongan terhadap
kecemerlangan anak. Sila isi soal selidik berikut di bawah. Jika kurang
pasti jawapan, anda boleh rujuk contoh jawapan di bawah.
Contoh: Bagi setiap soalan saya tandakan bilangan hari saya terlibat dalam 5 aktiviti setiap aspek seperti tersebut di bawah.
Saya mendapat skor 21 bagi Komunikasi dengan anak dan 20 bagi Sokongan
terhadap kecemerlangan anak. Kemudian saya catatkan skor saya kedalam
indikator di format di bawah.
Anda perlu juga mencatatkan skor anda di format di bawah bagi aspek
Komunikasi dengan anak dan Sokongan terhadap kecerlangan anak. Anda juga
boleh melihat contoh pengisian di bawah.
Contoh: Saya catatkan skor saya 21 bagi aspek komunikasi dengan anak
ke dalam indikator di format di bawah. Pencapaian saya setakat ini ialah
Sedang Maju. Saya perlu meningkatkan bilangan hari untuk berbincang
dengan anak mengenai pelajarannya, menambah masa untuk mendengar cerita
apa yang berlaku di sekolahnya dan menambah kekerapan hari untuk
berhubung dengan sekolah untuk mengetahui kemajuannya.
Seterusnya, anda perlu mengisi skor sokongan terhadap kecemerlangan anak
ke ruangan yang berkenaan di bawah. Contoh juga adalah seperti di
bawah.
Contoh: Skor saya bagi aspek Sokongan terhadap kecemerlangan anak ialah
20. Indikator menunjukkan saya berada di tahap Sedang Maju. Saya perlu
meningkatkan penglibatan saya dalam membaca bersama-sama anak saya dan
membimbing anak saya dalam menyiapkan kerja rumahnya.
D. Analisis Keseluruhan
Sejauh mana pencapaian anda secara keseluruhan dalam 4 aspek sama ada
Cemerlang atau Sedang maju atau Asas? Untuk mengetahui anda perlu
mengisi markah anda di ruang dibawah. Kalau markah keseluruhan anda
berada di paras 89-110:anda Cemerlang, tahniah. Kalau 23-88 Sedang
Maju:masih banyak ruang untuk membantu dalam pembelajaran anak anda.
Kalau 0-22: anda berada di tahap Asas, anda perlu berazam
bersungguh-sungguh untuk menolong dalam pembelajaran anak anda dan ambil
tindakan penamahbaikan segera. Ingat anak kita umpama permata yang
perlu digilap supaya menyerlah ketahap cemerlang.
Contoh:
Daripada mengisi soal selidik dan membuat analisis kendiri, ibu bapa
boleh mengetahui sama ada berada di tahap Asas atau Sedang Maju atau
Cemerlang. Daripada sini ibu bapa boleh meningkatkan penglibatan dalam
aspek yang perlu penambahbaikan.
Ibu bapa boleh juga menimba ilmu dengan cara berkongsi pengalaman
melalui penyertaan dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa di sekolah anda.
Jika anda ingin mendapatkan buku Sarana Ibu Bapa sila klik di sini. Tunggu sebentar sementara downloading. Kalau anda mendapat article ini off line, anda boleh lawati http://www.pibgsmkseafield.blogspot.com dan klik ikon Soal Selidik & Analisis Kendiri.
Kepada ibu bapa yang budiman, saya pohon agar anda menghebahkan
kandungan blog ini kepada semua ibu bapa yang belum lagi mengisi soal
selidik dan membuat analisis kendiri. Mudah-mudahan tindakan anda dapat
membantu semua ibu bapa dalam meningkatkan penglibatan mereka dalam
pembelajaran anak-anak ke arah kecemerlangan.
Murid Cemerlang Sekolah Gemilang Negara Terbilang.
Yang Benar,
Dato' Seri Abd Rahman Bin Hj Ali
YDP PIBG Seafield
Jurulatih Utama Kebangsaan
No comments:
Post a Comment