YAB Perdana Menteri telah melancarkan PPPM
pada 11 September 2012 yang menjadi
pemacu Transformasi Pendidikan. Pelan ini digubal hasil Kajian Semula
Sistem Pendidikan Negara dan menggambarkan visi dan aspirasi sistem pendidikan
dan murid yang akan dapat memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Aspirasi
Murid dan Sistem Pendidikan ada seperti berikut:
- Aspirasi Murid: Membina murid yang berPengetahuan, berIdentiti Nasional, berEtika dan Kerohanian, mempunyai Kemahiran Berfikir. Kemahiran Memimpin dan Kemahiran Dwi Bahasa (PIE3K).
- Aspirasi Sistem Pendidikan: Kecekapan, Ekuiti. Perpaduan, Akses, dan Kualiti (KEPAK).
PPPM dilaksanakan melalui 11 Anjakan Strategik
dan Operasi yang akan dapat menjayakan
Transformasi Pendidikan. Anjakan ke-9 menggariskan peranan PIBG yang merupakan
pemangkin dalam menggalakan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran seperti
berikuti:
“Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan
pihak swasta secara meluas.”
Dalam menjayakan transformasi Pendidikan, setiap
ibu bapa dan PIBG perlu melakukan anjakan daripada:
Pembelajaran
Berasaskan Sekolah
kepada
Sistem
Pembelajaran Yang
Lebih Meluas
dengan bantuan komuniti, sektor swasta, dan
sektor sosial sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid dengan:
- Menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak melalui PIBG yang menyediakan maklumbalas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah.
- menggunakan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong Pembelajaran murid
- Sekolah mempunyai rangkaian masyarakat dan sektor swasta sebagai rakan yang memberi kepakaran kepada kemajuan sekolah
- Penglibatan semua bagi mengwujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
- PIBG memberi maklumbalas mengenai perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.
“
Pada masa hadapan, Peranan PIBG akan berkembang daripada tumpuan biasa terhadap
usaha pengumpulan dana kepada bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk
meningkatkan keberhasilan murid. Secara kususnya, PIBG dipelawa untuk
mengemukakan input tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadi kurikulum
kebangsaan lebih releven dengan keperluan masyarakat setempat dan memberikan
maklum balas tentang kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajaran anak
mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama untuk menyediakan
penyelesaian terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam setengah keadaan, hal ini
mungkin bermaksud menjadikan ibu bapa sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk
aktiviti sekolah.” (Ringkasan Eksekutif PPPM)
Penerangan lebih lanjut berkenaan penggunaan Sarana Ibu Bapa akan menyusul, insyaAllah.
Salam 1Malaysia,
Dato' Seri Hj Abd. Rahman Hj Ali
Jurilatih Utama Kebangsaan.
Penerangan lebih lanjut berkenaan penggunaan Sarana Ibu Bapa akan menyusul, insyaAllah.
Salam 1Malaysia,
Dato' Seri Hj Abd. Rahman Hj Ali
Jurilatih Utama Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment