Wednesday 5 February 2014

PERUTUSAN YAB MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2014


YAB TPM merangkap Menteri Pendidikan


YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan telah menganjurkan Majlis Perutusan Tahun 2014 pada 28hb Januari 2014 di Dewan Plenari PICC,Putrajaya jam 10.00 pagi.

Beliau memulakan perutusannya dengan mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga KPM termasuk guru, ibu bapa dan murid sekalian. Beliau menzahirkn harapan "Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Esok lebih baik dan cemerlang daripada hari ini." Berikut adalah antara perutusannya:

 Barisan VIP Kementerian Pendidikan

YAB Tan Sri melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota KPM diatas komitmen dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2013. Beliau berharap 'momentum' dapat dikekal dan dipertingkatkan ke arah transformasi yang lebih cemerlang pada tahun 2014.

 YDP PIBG SMK Seafield duduk di barisan ke-2

Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). PPPM kini mendapat pengiktirafan daripada UNESCO dan pakar-pakar antarabangsa. PPPM telah diperakui sebagai Pelan yang realistik jika dilaksanakan dengan baik.

Peserta-peserta Majlis Perutusan
Hasil perlaksanaan PPPM, penglibatan Ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak telah meningkat  meliputi kesemua 10,087 sekolah seluruh negara. Kini ibu bapa boleh memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberi sokongan kepada keceriaan kelas, kokurikulum dan kelas tambahan.
Menyebut tentang isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), YAB Menteri meminta supaya semua pihak bukan sahaja melihat dari segi sistem, perlaksanaan tetapi juga falsafah PBS. Beliau perihatin tentang keluhan guru-guru dan meminta semua pihak  dapat menyelesaikan masalah PBS diperingkat sekolah, daerah dan negeri.


YAB TPM melancarkan logo baru KPM
Bagi mengakhiri perutusan, beliau telah menegaskan bahawa Transformasi Pendidikan adalah legasi negara bukan sahaja untuk pelajar hari ini tetapi juga untuk anak bangsa pada masa hadapan. Beliau menyaran supaya kita berikrar walaupun rintingan yang bakal ditempuhi, kita pastikan perancangan tidak akan gagal di pertengahan jalan. Segala cabaran dan rintangan perlu ditanggani dengan bijaksana. Beliau yakin dengan iltizam yang kuat dan kerjasama serta niat yang ikhlas, segala usaha akan diberkati oleh Allah swt.
Beliau sekali lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Tahun Baru Cina

Perutusan terperinci boleh diikuti di sini

No comments:

Post a Comment