Monday 30 December 2013

SELAMAT DATANG IBU BAPA & PELAJAR TINGKATAN 1




SMK Seafield:Sekolah Kluster Kecemerlangan



Kami, AJK PIBG SMK Seafield ingin mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan pelajar Tingkatan 1 ke SMK Seafield, Subang Jaya.

Tahniah diucapkan kepada tuan puan dan pelajar semua kerana kini menjadi warga SMK Seafield,  Sekolah kluster Kecemerlangan dan di antara sekolah yang terkemuka dan popular di kawasan Subang Jaya.

Tahniah juga kepada setiap ibu bapa yang  sekarang menjadi  anggota PIBG SMK Seafield, PIBG Terbaik Sekolah Menengah Malaysia, berdasarkan kepada Para 5 perlembagaan PIBG, yang menyebut, ' Anggota Persatuan terdiri daripada: ...(b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah'.

Kami yakin penyertaan tuan puan  sebagai anggota PIBG SMK Seafield akan menyemarakkan lagi semangat dan usaha  meningkatan Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan  melalui Sarana Ibu Bapa selaras dengan tuntutan Anjakan Ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(PPPM).

Saya selaku YDP PIBG dan  Jurulatih Utama Kebangsaan akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan PPPM, konsep dan penggunaan Sarana Ibu Bapa di Majlis Orientasi Tingkatan 1 pada 31 Dis.2013.

Selamat Tahun Baru dan Semoga Sama-Sama  Kita Mencipta Kejayaan.

Yang Benar,

Dato' Seri Abd. Rahman Hj Ali
YDP PIBG SMK Seafield
Jurulatih Utama Kebangsaan

No comments:

Post a Comment