Friday 2 March 2012

MESYUARAT AGUNG KE-19 MERIAH DAN LANCAR


Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Seafield ke-19 yang berlangsung pada 25 Februari 2012 telah mendapat sambutan yang meriah dan berjalan lancar. Ianya dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj Mahmud Bin Karim, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.

Perbarisan Pasukan Beruniform

Ketibaan Tuan Timbalan Pengarah disambut  dengan paluan kompang,  perbarisan badan-badan beruniform dan persembahan cheerleading. Kemudian Pasukan Pancaragam memainkan lagu Negara ku  dan sebuah lagi lagu sebaik saja beliau mengambil tempat di kerusi  tetamu khas.

Pasukan Pancaragan memainkan Negara Ku

Upacara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pengetua, ucapan YDP PIBG dan seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.

Ucapan YBhg. Datin Zaleha

YBhg. Datin Zaleha Abu Hasan, Pengetua SMK Seafield telah merakamkan penghargaan kepada Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor diatas kesudiannya hadir ke majlis ini dan seterusnya menerangkan pencapaian sekolah dari aspek kurikulum dab kokurikulum sehingga dianugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Januari 2012.

Ucapan YBhg.Dato' Abd Rahman

YBhg. Dato Abd Rahman HJ Ali, YDP PIBG juga mengucapkan terima  kasih kepada semua yang hadir dan kepada Tuan HJ Mahmud Bin Karim diatas kehadiran dan kemurahan hati merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG ini. Beliau kemudian memberi penerangan tentang peranan  dan pencapaian PIBG , seterusnya  menyarankan agar hadirin memilih AJK sesi 2012 berdasarkan 3D iaitu Desire - kemahuan untuk menyumbang bakti bukan hanya ingin memegang jawatan, Devotion – kesungguhan untuk menyumbang tenaga, masa  dan mata benda bukan hanya menjadi penumpang. Dan Discipline- berupaya mengawal diri, hormat menghormati dan boleh menjadi ahli pasukan atau team member.

Ucapan Perasmian YBhg.Tn Hj Mahmud

YBhg. Tuan Hj Mahmud dalam ucapan perasmiannya, antara lain  telah :
  • ·         Mengucapkan terima kasih diatas jemputan dan tahniah kepada PIBG kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Ke-19 sebelum akhir bulan Mac 2012.
  • ·         Merakamkan syabas kepada warga sekolah kerana sungguh komited sehingga dianugerah  Sekolah Kluster Kecemerlangan. Beliau menyarankan agar, "cikgu teruskan kecemerlangan, jangan sesal menjadi guru kerana guru-guru adalah jutawan akhirat.”
  • ·         Menyarankan agar sekolah, disamping telah mencapai kecemerlangan  kurikulum, kokurikulum dan sukan, “perlu mempelbagaikan aktiviti," meliputi  telematch dan seni seperti talent time, karaoke . Ini membolehkan sekolah mencungkil bakat pelajar yang mungkin tidak menyerlah dalam akademik, koko atau sukan.
  • ·         Mengingatkan Ibu bapa agar sentiasa membimbing anak-anak kearah kejayaan dan seterusnya mengawasi mereka “dengan siapa anak bergaul’”untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  • ·         Menyarankan ibu bapa sentiasa menyokong PIBG dengan bersetuju  kepada cadangan Sumbangan PIBG, “anggaplah sumbangan sebagai amal jariah.”
  • ·         Memaklumkan kerajaan kini sedang menerapkan Program Sayangi Sekolah . Beliau menyarankan agar sekolah menjayakan program ini dengan ,” cikgu dan AJK PIBG menyambut pelajar-pelajar datang ke sekolah.” 
En Prabakar, NYDP menerima sijil & cenderamata

Pn Chong PK1 juga menerima sijil dan cenderamata

Apabila selesai ucapan  perasmian,  dituruti pula upacara penyampaian sijil dan cenderamata kepada AJK Sesi 2011. kemudian hadirin dijamu selera sambil disajikan dengan persembahan kumpulan koir. Sebelum meninggalkan majlis, Tuan Hj Mahmud telah melawat Akas Seri iaitu Tandas bertaraf R&R dan Galeri Sejarah. Nampaknya beliau gembira dan amat berpuas hati dengan pencapaian PIBG dan sekolah.
.
Barisan AJK Sesi 2011

Mesyuarat Agung yang dihadiri oleh 226 orang ahli dan Penasihat kemudian telah bersidang dan berjalan lancar mengikuti  agenda sepertimana termaktub dalam perenggan 26 Perlembagaan PIBG.

 Sebahagian hadirin

Antara keputusan  yang telah luluskan   
             1.   Perlantikan AJK sesi 2012
                   Mesyuarat telah bersetuju melantik AJK sepertimana tertera dalam gambar berikut:


Penaung, Penasihat dan barisan AJK Sesi 2012  

        
   2.   Sumbangan PIBG
Mesyuarat  meluluskan kutipan bagi sumbangan PIBG untuk pelajar lelaki dan perempuan  adalah sebanyak RM50.00. Manakala pelajar yang menduduki Kelas Peperiksaan PMR, SPM, dan STPM dikenakan lebihan bayaran sebanyak RM10.00 bagi Program Peningkatan Prestasi. Bagi setiap pelajar perempuan dikenakan bayaran tambahan RM10.00 untuk perkhidmatan ‘Hygiene’.
3.       
                   3.  Aktiviti PIBG 2012
          Mesyuarat telah sebulat suara meluluskan Hari Karnival Keluarga Bahagia dengan penyertaan 
          ibu bapa, menyambung pembinaan puast kokurikulum, memberi sumbangan kepada kelab guru,     
          menaja pelajar menyertai aktiviti kurikulum dan kokurikulum, menaja aktiviti menceria dan menghijau  
          sekolah, menyumbang menyelenggara sekolah, melengkapkan Pusat Sumber, memotivasi pelajar, 
          menyedia kawalan keselamatan, menganjurkan Talentime dan Minggu PIBG.

4.                                4. Usul-usul
        Sebanyak 17 usul telah dikemukakan oleh ibu bapa dan dibawa ke mesyuarat. Kebanyakkannya        
        merupakan komen dan pemerhatian yang telah dijelaskan dan diberitahu tentang penambahbaikan yang 
        sedang dilakukan. Antara usul yang dipersetujui adalah:
1.      Membina bumbung di tapak perhimpunan
2.       Menyediakan water cooler di sekolah

Setelah tiada hal-hal lain yang perlu di bincangkan, YDP PIBG telah menyampaikan Ucapan Penangguhan. Beliau telah merakamkan terima kasih sekali lagi kepada AJK Sesi 2011yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan kepada hadirin diatas keperihatinan dan sabar menunggu sehingga mesyuarat selesai. Beliau juga berharap agar ibu bapa dan guru terus menyokong PIBG kearah kecemerlangan dan menjemput para hadirin ke jamuan kesyukuran sempena penerimaan anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Penaung dan AJK rancak mengambil hidangan

Pengetua dan PK1 juga seronok menjamu selera


Hidangan: 3 ekor kambing, nasi arab & putih, Asam pedas
tenggiri....


...gulai tempoyak patin, talapia panggang, sayuran dll.


Jamuan Kesyukuran diiringi  muzik oleh pelajar-pelajar

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang. .

Majlis Perasmian dan   perjalanan Mesyuarat Agung serta Jamuan Kesyukuran meninggalkan kenangan yang manis kepada hadirin sekelian.

Untuk makluman,Minit Mesyuarat Agung ke-19 akan dimuatkan dalam blog ini untuk makluman ibu bapa yang hadir dan pengunjung dalam masa 14 hari selepas Mesyuarat Agung.

Selamat menyumbang kearah kecemerlangan PIBG dan kegemilangan Sekolah.  

Pibg Cemerlang SMK Seafield Gemilang

No comments:

Post a Comment