Sunday, 31 March 2013

ANJAKAN PIBG KE-2 BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM


Selepas PIBG sedar dan membuat komitmen untuk menyokong dan melaksanakan tuntutan  Anjakan Ke-9 PPPM, setiap AJK PIBG perlu bermuhasabah berkenaan tahap budaya kerja di PIBG masing-masing. Adakah penerapan budaya kerja PIBG masa kini menepati nilai murni dan etika kerja cemerlang? Jika terdapat kelemahan, maka AJK PIBG perlu berusaha memantapkan nilai dan etika kerja kearah kecemerlangan.

Nilai murni yang perlu PIBG terap dan amalkan sebagai contoh: A.D.I.K
  1. Amanah: Perlantikan dan tugas di PIBG adalah  suatu AMANAH yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab kerana kita akan diperanggungjawabkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan, di dunia dan di akhirat.
  2. Dedikasi: Kita sanggup berkorban masa, tenaga dan matabenda demi kemajuan dan kecemerlangan pelajar.
  3. Integriti: Segala tindakan kita perlu berlandaskan keikhlasan bagi menyakin dan memenangi kepercayaan ahli-ahli terhadap kita,
  4. Kreativiti: Kita perlu mempunyai semangat dan keupayaan untuk mencipta sesuatu yang baru. Make things Happen.
Nilai-nilai yang ada pada seseorang biasanya   dizahirkan  melalui perilaku seharian dalam pekerjaan. Amalan perilaku ini diberi nama etika. Etika kerja cemerlang berlandaskan nilai-nilai murni dizahirkan melalui perilaku seperti berikut:
  1. Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab.
  2. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
  3. Menyumbang bakti dengan penuh kemesraan dan keikhlasan.
  4. Mewujukan suasana kerja yang harmoni dan kondusif untuk kerja secara berpasukan (teamwork).
Selagi nilai murni dan etika kerja cemerlang tidak dapat diterap dan diamalkan sepenuhnya di PIBG,
sudah pasti tuntutan Anjakan Ke-9 PPPM tidak dapat dilaksanakan dengan jaya. Oleh itu, muhasabah dan tambahbaik penerapan dan amalan nilai murni kearah  etika kerja yang cemerlang.

Please Make Things Happen.




Saturday, 30 March 2013

ANJAKAN PIBG YANG PERTAMA BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM



Anjakan pertama yang perlu dilakukan oleh PIBG bagi menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM ialah menghargai inisiatif kerajaan dalam meningkatkan pencapaian murid kearah kecemerlangan. Ianya disusuli dengan meningkatkan iltizam di setiap sanubari ahli Jawatankuasa dan ahli biasa PIBG untuk menyokong dan mengamalkan tuntutan Anjakan Ke-9 dengan:
  1. menghayati konsep dan tujuan PPPM dan tuntutan Anjakan Ke-9 (rujuk posting sebelum ini).
  2. menerima tuntutan Anjakan Ke-9 sebagai tugas dan tanggungjawab baru.
  3. menerima hakikat bahawa PIBG sendiri perlu berubah dan menambahbaik perkhidmatan melalui Transformasi PIBG.
  4. memulakan gerakan Transformasi dengan beranjak atau berubah melalui 7 Anjakan.
Setelah kepimpinan PIBG beriltizam untuk menyokong PPPM dan bersedia membut perubahan atau Transformasi dengan memenuhi tuntutan Anjakan ke-9, maka PIBG bolehlah melakukan Anjakan PIBG yang Ke-2 iaitu Memantapkan Nilai dan Etika Kerja Cemerlang.

Penerangan Anjakan Ke-2 PIBG akan di catatkan di Posting yang akan datang. 

Friday, 29 March 2013

TRANSFORMASI PIBG: PELAJAR MENCAPAI ASPIRASI

Halatuju Transformasi PIBG

"Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas.
 Jestru, tempoh sedekad akan datang ini  
adalah sangat mencabar kerana 
 kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju 
 dan sekali gus juga menukar status 
 sebagai negara pemimpin, termasuklah dalam soal pendidikan.”
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, 1 Nov. 2011.

Ungkapan tersebut diatas oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menuntut semua pihak termasuk ibu bapa dan  PIBG melakukan transformasi diri dan organisasi untuk menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM dan Transformasi Pendidikan dan seterusnya mencapai Aspirasi Murid, Aspirasi Sistem Pelajaran dan juga Aspirasi atau wawasan PIBG. 

Disamping berusaha mencapai Aspirasi Murid dan Aspirasi Sistem Pelajaran, PIBG perlu juga memikirkan apa rupa bentuk dan kualiti PIBG yang dihajati menjelang 2025. Adakah masih berstatus seperti "katak di bawah tempurung"? Tidak mengetahui apa yang berlaku kepada PIBG lain, tiada jaringan, tiada perpaduan? Adakah PIBG boleh menerima ahli yang mementingkan diri sendiri dan berfahaman kronisme? Adakah PIBG masih melakukan perancangan tahunan sedangkan PPPM menuntut perancangan strategik ( lebih setahun).  Adakah PIBG masih tunggu dan lihat sedangkan PIBG lain terus maju menggerakkan Sarana Ibu Bapa dan mengelola Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat? 

Sebagai PIBG yang bertanggungjawab, sudah tentu kita ingin menambah baik dan memajukan PIBG dan sekolah kita. Justru, PIBG memerlukan wawasan atau Aspirasi PIBG: rupa bentuk dan kualiti PIBG menjelang 2025 disamping 7 Anjakan atau strategi bagi menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM. Aspirasi PIBG ( acronym PEKEK) adalah seperti berikut:



Setelah ahli-ahli menetapkan Aspirasi atau wawasan PIBG, maka persoalan selanjutnya ialah: apa yang perlu dilakukan bagi menjayakan Anjakan Ke-9? Jawapan nya ialah: PIBG perlu melakukan sekurang-kurangnya 7 Anjakan atau perubahan:


Di posting akan datang, saya akan menerangkan  lebih lanjut berkenaan 7 Anjakan PIBG tersebut di atas. Pohon pembaca memberi komen tentang posting ini dan yang terdahulu. Terima kasih

Salam Perpaduan,

Dato' Seri Abd Rahman Hj Ali
YDP PIBG SMK Seafield
Jurulaih Utama Kebangsaan
   

Thursday, 28 March 2013

TUNTUTAN ANJAKAN KE-9 TERHADAP PIBG DAN IBU BAPA

Anjakan Ke-9 PPPM untuk Tindakan PIBG dan Ibu Bapa

Untuk memacu Transformasi Pendidikan ke arah merealisasikan Aspirasi Murid (PIE3K) dan Aspirasi Sistem Pendidikan (KEPAK), semua pihak perlu meneliti  11 Anjakan PPPM dan   memenuhi tuntutan yang berkaitan.

Bagi PIBG dan ibu bapa, Anjakan Ke-9 menuntut supaya ibu bapa, PIBG, komuniti dan pihak swasta bekerjasama secara meluas dalam pembelajaran anak melalui Sarana Ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Secara khusus, PIBG dan ibu bapa perlu memenuhi tuntutan Anjakan ke-9 dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut: 
  1. PIBG sebagai peneraju permuafakatan antara ibu bapa, sekolah, komuniti dan sektor swasta dalam menggalakkan semua pihak meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan.
  2. PIBG sebagai pemangkin dalam mengwujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
  3. PIBG menjadi pembimbing ibu bapa dalam penggunaan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong pembelajaran.
  4. PIBG mengendalikan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat bagi menggalakkan perkongsian pengalaman dan memberi khidmat kepada sekolah.
  5. PIBG menyediakan maklumbalas tentang penggunaan Sarana Ibu Bapa dan Penglibatan Ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak.
  6. PIBG memberi input kepada perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.
Dengan pelancaran PPPM, tugas PIBG kini bertambah berat dan lebih mencabar. Kalau dulu tanggungjawab PIBG tertumpu kepada 4 tugas sepertimana tercatat dalam Para 4 Perlembagaan PIBG, kini tugas PIBG sekurang-kurang 6 iaitu yang ke-5:Membimbing Ibu Bapa melaksana Sarana Ibu Bapa dan yang ke-6: Memberi maklumbalas tentang perlaksanaan Kurikulum Setempat dan Kualiti Guru menjelang 2016.

Untuk melaksana tambahan tugas yang baru PIBG perlu bermuhasabah dan memikirkan hala tuju dan pendekatan yang perlu dilakukan bagi menjayakan PPPM yang menjangkau  sehingga 2025.

Posting akan datang akan menggariskan  Aspirasi dan 7 Anjakan PIBG bagi mempastikan seluruh PIBG mampu memenuhi tuntutan Anjakan Ke-9 dan PPPM.

Tuesday, 26 March 2013

PELANCARAN SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH


Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah telah dilancarkan oleh YB  Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran mewakili YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Februari 2013. 




Pelancaran majlis yang berwarna warni ini di sulami oleh persembahan murid-murid daripada  Sekolah Seni Malaysia untuk tuntunan seramai lebih 5,000 orang jemputan. Ianya juga menawarkan 6 forum yang mengemukakan peranan sekolah, ibu bapa, PIBG, NGO dan pihak swasta dalam memajukan murid dan kecemerlangan pendidikan.

Pelancaran ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran bahawa kerajaan sedang menjalankan kempen supaya ibu bapa, PIBG, Komuniti dan Sektor swasta  sama-sama meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran murid-murid ke arah merealisasikan 6 Aspirasi Murid iaitu: 
  1. berPengetahuan, 
  2. mempunyai Identiti National, 
  3. berEtika dan Kerohanian, 
  4. berKemahiran Berfikir. 
  5. berKemahiran Memimpin, dan 
  6. berKemahiran Dwi Bahasa. 
Ke enam-enam ciri ini adalah penting bagi membolehkan murid-murid berjaya menjadi tenaga kerja berkualiti dalam menghadapi  cabaran di Abad ke 21 ini.

Nota: Bagi mengingatkan 6 ciri tersebut di atas saya menggubal acronym, PIE3K.

Bagi mengetahui apa itu Sarana Ibu Bapa, ikuti posting akan datang.



Saturday, 23 March 2013

PERANAN IBU BAPA DAN PIBG DALAM PPPM 2013-2025




YAB Perdana Menteri telah melancarkan PPPM pada 11 September 2012 yang menjadi  pemacu Transformasi Pendidikan. Pelan ini digubal hasil Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara dan menggambarkan visi dan aspirasi sistem pendidikan dan murid yang akan dapat memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Aspirasi Murid dan Sistem Pendidikan ada seperti berikut:
 
  1.      Aspirasi Murid: Membina murid yang berPengetahuan, berIdentiti Nasional, berEtika dan Kerohanian, mempunyai Kemahiran Berfikir. Kemahiran Memimpin dan Kemahiran Dwi Bahasa (PIE3K). 
  2.         Aspirasi Sistem Pendidikan: Kecekapan, Ekuiti. Perpaduan, Akses, dan Kualiti (KEPAK).

PPPM dilaksanakan melalui 11 Anjakan Strategik dan Operasi yang akan  dapat menjayakan Transformasi Pendidikan. Anjakan  ke-9  menggariskan peranan PIBG yang merupakan pemangkin dalam menggalakan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran seperti berikuti:
 “Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta secara meluas.”

Dalam menjayakan transformasi Pendidikan, setiap ibu bapa dan PIBG perlu melakukan anjakan daripada:
Pembelajaran Berasaskan Sekolah
kepada
    Sistem Pembelajaran Yang Lebih Meluas
dengan bantuan komuniti, sektor swasta, dan sektor sosial sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid dengan:

  1. Menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak melalui PIBG yang  menyediakan maklumbalas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah.
  2. menggunakan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong Pembelajaran murid
  3. Sekolah mempunyai rangkaian masyarakat dan sektor swasta sebagai rakan yang memberi kepakaran kepada kemajuan sekolah
  4. Penglibatan semua bagi mengwujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid. 
  5. PIBG memberi maklumbalas mengenai perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.

 “ Pada masa hadapan, Peranan PIBG akan berkembang daripada tumpuan biasa terhadap usaha pengumpulan dana kepada bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk meningkatkan keberhasilan murid. Secara kususnya, PIBG dipelawa untuk mengemukakan input tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadi kurikulum kebangsaan lebih releven dengan keperluan masyarakat setempat dan memberikan maklum balas tentang kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajaran anak mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam setengah keadaan, hal ini mungkin bermaksud menjadikan ibu bapa sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk aktiviti sekolah.” (Ringkasan Eksekutif PPPM)

Penerangan lebih lanjut berkenaan penggunaan Sarana Ibu Bapa akan menyusul, insyaAllah.

Salam 1Malaysia,
Dato' Seri Hj Abd. Rahman Hj Ali
Jurilatih Utama Kebangsaan. 


Friday, 22 March 2013

PTAS SHOULD PRODUCE QUALITY STUDENTS




"Parents and teachers should share their opinions and information regarding
the current education system and also find ways to increase students' academic
and co-curriculum performances. This is to produce quality students." 
 YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 
Chief Minister of Sarawak 


The above advice was given by the Chief Minister of Sarawak during the launch of PIBG Mukah District Convention 2013 at Kingwood Resort in  Mukah, Sarawak on 20th March 2013.

Part of the audience 


The inaugural PIBG convention themed ' Peranan PIBG dalam Memastikan Keberkesanan dan Kelastarian Transformasi Sistem Pendidikan" was held for 2 days ie. 20- 21 March 2013 and attended by about 300 participants and 6 speakers.


YDP PIBG Speaking 

I as YDP PIBG SMK Seafield and Jurulatih Utama Kebangsaan, was invited to speak in the morning  21 March 2013. My speech entitled, " PIBG Mentransformasi: Aspirasi Menjadi Realiti." took about 1hour 20 minutes  and was well received by the audience.

 Another section of the audience.

 
 



SMK SEAFIELD MENCIPTA SEJARAH DALAM SPM


SMK Seafield mencipta sejarah sekali lagi tahun ini selepas mengukir 100% kejayaan dalam STPM. Kali ini, ia  mencipa prestasi 99.5% kelulusan dalam SPM. " Highest recorded in school. GPS 2.90 slight drop from 2.80. 69 straight As. 2 got straight A+. 54students miss 1A." catatan sms YBhg. Datin Zaleha Abu Hasan, Pengetua.

PIBG ingin merakamkan setinggi Tahniah  kepada pelajar-pelajar, Pengetua, guru-guru dan  ibu bapa yang telah made things happened. Ini membuktikan bahawa warga SMK Seafield berupaya mencipta kecemerlangan berulang kali! Syabas.

Saya selaku YDP PIBG terasa terkilan kerana tidak dapat bersama meraikan kejayaan pada 21.3.13 kerana saya berada di Sarawak untuk memenuhi undangan memberi ceramah di Konvensyen PIBG Bahagian Mukah yang di rasmikan oleh YAB ketua Menteri Sarawak. Namun begitu saya merasa bersyukur kerana dapat menaikkan imej SMK Seafield di kaca mata PIBG dan guru-guru di Sarawak.

Semoga pelajar-pelajar terus cemerlang dan imej SMK Seafield terus gemilang.


Tuesday, 19 March 2013

STPM 100% LULUS


YBhg Datin mengumumkan keputusan STPM


SMK Seafield menempa sejarah dengan mengulangi prestasi cemerlang 100% lulus pada tahun 2008.

Pihak PIBG mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua pelajar, Pengetua,guru-guru dan warga sekolah yang terlibat mencipta sejarah dalam tahun 2013 ini!

 Pelajar, ibu bapa dan guru bergembira

 Pencapaian kelulusan STPM Tahun ini telah meningkat 11% berbanding tahun 2012 sementara GPS telah meningkat ke paras 2.51 berbanding 2.20 pada tahun lepas. Suatu pencapaian yang sungguh membanggakan. Senarai Pelajar yang memperolehi PGNK ke atas adalah seperti berikut:
  1. Huang Sheng                                 4.00
  2. Jane Yeap Soong Yin                     3.92
  3. Aw Joey                                          3.75
  4. Harmony                                        3.75
  5. Tay Pooi Leng                                3.75
  6. Chew Yee Leng                              3.67
  7. Oon Jia Li                                       3.67
  8. Sarah lim Su Theng                        3.59
  9. Maggie Choo Phei Shan                 3.58
  10. Kho Hui Yian                                  3.50
  11. Ponnie Govindasamy                      3.50
  12. Tan Yan Hong                                 3.50
Semoga  96 orang  pelajar yang telah mencipta kejayaan akan terus berjaya menjadi pemimpin negara di hari muka.

Selamat Maju Jaya
 

Saturday, 2 March 2013

BILL GATES'S CONCEPT OF REALITY

Dearest students,

William Henry "Bill" Gates III who is the richest man in America, the second richest man in the world and one of the greatest inventors in history has offered  his concept of reality for us to ponder and gain from his wisdom.

Please show  your respect and appreciation to your teachers/lectures and parents for their invaluable contribution.

May Allah/God grants you health, happiness and success, amen.