Monday, 24 October 2011

ORGANISASI PIBG 2011/2012

Carta Organisasi PIBG 2011/2012

Mesyuarat Agung PIBG yang bersidang pada 26 Februari 2011 telah melantik AJK yang dianggotai oleh 15 orang selaras dengan perenggan 9 perlembagaan PIBG seperti berikut:

•   Perenggan 19 (a)Perlembagaan memperuntukan Pengetua Pn Hjh Zaleha Abu Hasan, seorang guru yang luas pengalaman sebagai anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai Penasihat.
•  Dalam usaha untuk mengiktiraf jasa bakti Datin Rosalind Lee Suy Ting yang telah memimpin PIBG sebagai YDP selama 8 tahun, beliau telah dilantik sebagai  Penaung.
•  Dato' Abd Rahman HJ Ali, bekas Ketua Pengarah RISDA telah diamanahkan memegang jawatan Yang DiPertua.
•  En. Prabakar Nair, seorang Pengurus Kanan dan Jurutera  memegang Naib Yang Dipertua
• Pn. Latiffah Mohammad seorang guru memegamg Setiausaha.
• Pn Tee Lay Pin, guru selaku Bendahari,
• 6 orang ahli jawatankuasa mewakili ibu bapa. Iaitu En Yazid Joinee Pengurus Kanan Sy Scomi Engineering, En Yeo Kim Hock , Jurutera MAS, Pn suhaily Ng, Suri Rumah,
En Shahruddin Mohd Nor, Tim Ketua Pengarah Keraf Malaysia., Pn Choo Min Fong, Suri Rumah, Pn Tee Siok Yam,Pengurus Hartanah.
•  PIBG juga dibantu oleh 5 ahli jawatankuasa mewakili guru yang terdiri daripada Pn Shahrizat Mahat, En Muhammad Tasnim, Pn Ng Shwu Leng, Pn Doris Selvi Thomas dan Pn Norazlinda Amir Nordin.
•  Mesy Agung Tahunan juga telah melantik 2 orang Juru Audit Dalaman: En Jimmy Tan  Yong An , seorang 'businessma'n dan 'motivator' dan Pn Looi  Siew Kean ,guru.

Bagi memesat dan menyalaras aktiviti PIBG, AJK telah menubuhkan 6 biro dan melantik pengerusi bagi setiap biro seperti berikut: 
  1. Biro Komunikasi & Maklumat  -         En Prabakar S.Nair (NYDP)
  2. Biro Kebajikan-                                 En Shahrudin Mohd Nor
  3. Biro Penyelidikan & Pembangunan -   En Mohd Yazid Joinee
  4. Biro Pendidikan -                               En Yeo Hock Kim
  5. Biro Economi -                                  Pn Tee Siok Yam
  6. Biro Sosial -                                      Pn Suhaily Ng
Barisan kepimpinan AJK PIBG ini sedang mengembling sumber dan tenaga bagi  melaksana Misi kearah mencapai  Visi organisasi.

No comments:

Post a Comment