Friday 27 April 2012

PIBG TERBAIK SEKOLAH MENENGAH


PIBG SMK Seafield telah dianugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan kategori PIBG Terbaik Sekolah Menengah oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia di Majlis Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada 24 April 2012.

Pemenang Anugerah Bersama YBhg ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pihak Pibg amat bersyukur dan sukacita kerana segala jasa bakti yang digembling selama ini demi kecemerlangan pelajar telah diiktiraf oleh kerajaan.Lebih mengharukan lagi ialah PIBG SMK Seafield buat julung kalinya telah dinobatkan sebagai PIBG terbaik di kalangan Sekolah Menengah di Malaysia.

Warga SMK Seafield Bersama YBhg Pengarah dan Pegawai Pelajaran Selangor

Sesungguhnya anugerah ini adalah hasil usaha gigih yang berterusan dengan  kerjasama yang padu di antara PIBG, Pengetua dan warga sekolah serta bimbingan pihak JPS dan PPD Petaling Perdana.

Kejayaan ini  telah memberi perangsang  kepada semua ahli PIBG dan warga sekolah untuk lebih gigih dalam mentransformasi PIBG kearah peningkatan prestasi dan kecemerlangan pelajar sekelian.

PIBG Mentransformasi, 
Pelajar Meningkat Prestasi, 
SMK Seafield Berprestasi TInggi

2 comments:

  1. Kepada seluruh warga SMK Seafield,

    Saya bagi pihak PIBG SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur mengucapkan Tahniah kerana telah menjuarai PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun 2012.

    Sesungguhnya kami berharap dapat berkungsi pengalaman pihak sekolah SMK Seafield pada masa hadapan.

    Kwong Hai Foo
    PIBG SMK Aminuddin Baki
    Jalan Kg Pandan
    Kuala Lumpur
    0133425498

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas ucapan penghargaan. Kami sentiasa mengalu-alukan perbincangan dan kunjungan pihak tuan. Semoga jaringan antara kita bertambah mesra demi kecemerlangan pelajar sekelian.

    Ikhlas,
    Dato' Abd Rahman Hj Ali

    ReplyDelete