Thursday, 8 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013






KEPADA PENGETUA, PENOLONG KANAN,
 AHLI PIBG DAN PELAJAR SMK SEAFIELD
SERTA PELAWAT SEKALIAN.
SAYA SEKELUARGA
& AJK PIBG
INGIN
MENGUCAPKAN 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
SEMOGA ANDA SEKALIAN
SEJAHTERA & DIRAHMATI  ILAHI
SENTIASA

IKHLAS DRP.
 DATO SERI ABD RAHMAN HJ ALI
YDP PIBG
JURULATIH UTAMA 

Tuesday, 2 July 2013

SELAMAT DATANG PIBG SMK PUCHONG DAN PIBG SMK PUTRAJAYA PRICINT 14(1)

PIBG SMK SEAFIELD
MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN
PIBG SMK PUCHONG 
PIBG SMK PUTRAJAYA PRECINT 14(1)
KE SMK SEAFIELD
SEMPENA LAWATAN PENANDAARASAN
PADA
3 JULAI 2013
SEMOGA LAWATAN INI AKAN
MENGERATKAN SILATULRAHIM
DISAMPING
BERKONGSI PENGALAMAN
DEMI
KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR.

CREATION OF KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA IN FACEBOOK

 KSIB Group in Facebook

Pleased to inform you that Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) or Parents Support Group (PSG) has been created in Facebook. The main aim of  KSIB or PSG is to encourage parents to share ideas and experience in increasing their participation in enhancing their children's learning.

KSIB or PSG is a closed group. It is opened to members of PIBG SMK Seafield and enrolment by invitation  since we try to eliminate unwanted members and unwelcome comments.

To all members of PIBG SMK Seafield, you are most welcome to KIB or PSG. Your valuable ideas and experience will certainly be beneficial to other members. Please indicate your name and status as parent/teacher, son'/daughter's/children's name,email address and mobile phone number. You will be invited into this group.

I'm looking forward to your participation  in KSIB for the sake of our childrens' excellent accomplishment in ther studies.

Thank you.

Yours sincerely,
Dato Seri Abd Rahman Hj Ali






Wednesday, 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU
DIUCAPKAN 
KEPADA SEMUA GURU
DI SMK SEAFIELD
DAN 
DI MANA JUA KINI BERADA.
JASA BAKTI GURU 
MEMBINA ANAK BANGSA
SENTIASA DI KENANG
SEPANJANG MASA.
SESUNGGUHNYA
PENDIDIK PEMANGKIN PERPADUAN 
DAN
PEMACU PPPM 2013-2025
SELARAS DENGAN TEMA
'GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI, 1 AGENDA'.
SEMOGA
GEMBIRA & CERIA SENTIASA

Nota: Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan tema hari guru klik disini

Thursday, 25 April 2013

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2013



Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan ibu bapa pelajar yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam bidang akademik. Bagi menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik akan diadakan seperti butiran berikut:
  • Tarikh                        : 27 April 2013 (Sabtu)
  • Masa                          : 9.00 pagi
  • Tempat                       : Dewan Seri Kenangan SMK Seafield
Pihak PIBG ingin merakamkan tahniah kepada Pengetua, guru-guru serta staf SMK Seafield yang
telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis yang sungguh bermakna ini.

PIBG juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua  kerana sudi menjemput YDP PIBG SMK Seafield sebagai tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan majlis ini.

Semoga majlis ini mengembirakan pelajar-pelajar  cemerlang disamping meningkatkan semangat pelajar-pelajar lain untuk berlumba-lumba berusaha ke arah  kecemerlangan.

Tuesday, 16 April 2013

ADAKAH ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG DAN PERKHIDMATAN PIBG?




Kepada  ahli PIBG dan pelawat yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke blog PIBG SMK Seafield. Terima kasih kepada anda yang menjadi tetamu tetap dan selamat bersua kepada tetamu baharu.

Blog ini disediakan untuk menjalin silatulrahim dikalangan ahli PIBG disamping menjadi forum bertukar-tukar fikiran dan maklumat tentang perkembangan semasa. Isu yang penting masa kini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta untuk meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran murid-murid di sekolah, rumah dan di komuniti kearah kecemerlangan. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan ialah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang mana pelancarannya telah dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Februari 2013 yang lalu.

Melalui blog ini, PIBG sedang menghebahkan  kepentingan Sarana Ibu Bapa dan cara mengisi soal selidik dan melakukan analisis kendiri bagi mengetahui tahap dan cara meningkatkan penglibatan ibu bapa bagi menyokong pembelajaran anak-anak. Blog ini juga menghebahkan berkenaan PPPM, Anjakan Ke-9, Transformasi dan Anjakan PIBG bagi menjayakan PPPM dan lain-lain.

Dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan PIBG secara berterusan,  kajian kepuasan pelanggan sedang di jalankan bagi mengetahui tahap kepuasan pelanggan dalam aspek kualiti blog ini dan perkhidmata PIBG SMK Seafield secara keseluruhannya.

Kerjasama anda selaku ahli PIBG dan pelawat adalah dipinta untuk mengisi format kajian kualiti blog dan kualiti perkhidmatan PIBG secara keseluruhannya yang terdapat di sebelah kanan blog ini. Sukacita jika anda dapat juga mencatatkan pandangan, komen dan cadangan di ruangan comment atau Jom Sembang.

Di atas kerjasama serta pandangan dan cadangan anda untuk menambah baik perkhidmatan PIBG, didahului dengan jutaan terima kasih.

Berusaha Ke arah Kecemerlangan.

Saturday, 13 April 2013

SEJAUH MANA IBU BAPA MENYOKONG PEMBELAJARAN ANAK-ANAK KEARAH KECEMERLANGAN?



Matlamat ibu bapa memelihara dan membesarkan anak-anak adalah untuk menjadikan mereka rakyat yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara. Sementara mereka masih di dalam alam persekolahan, sewajarnya ibu bapa memberi sepenuh sokongan dalam pembelajaran anak-anak. Persoalannya, sejauh mana ibu bapa berupaya menyediakan empat (4) aspek persekitaran yang menyokong pembelajaran anak-anak? Empat persekitaran yang dimaksudkan ialah:
  1. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
  2. Interaksi sosial dengan anak
  3. Komunikasi dengan anak
  4. Sokongan terhadap kecemerlagan anak
Untuk mengetahui keupayaan ibu bapa masakini, ibu bapa bolehlah menjawab soal selidik  di bawah dan membuat analisis kendiri bagi setiap aspek dan  keseluruhan seperti berikut:

A. Latar belakang ibu bapa

Sila isi latar belakang anda sebagai ibu bapa dengan tandakan / di petak yang berkenaan. Contoh pengisian disertakan dibawah


 Contoh pengisian:



B. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran di rumah dan Interaksi sosial dengan anak.

Setelah mengisi latarbelakang, anda perlu menjawab 5 soalan yang berkaitan dengan penglibatan anda dalam Penyediaan suasana pembelajaran anak di rumah dan 5 soalan dalam aspek Interaksi sosial dengan anak. Contoh pengisian jawapan disertakan di bawah.


Contoh pengisisan jawapan:


Bagi aspek Penyediaan suasana pembelajaran di rumah skor saya ialah 3. Menakala aspek Interaksi sosial dengan anak saya mendapat 22.

Setelah anda mengetahui skor anda, mungkin anda ingin tahu kemajuan anda dalam aspek yang tersebut di atas. Untuk mengetahui sama ada anda Cemerlang atau Sedang Maju atau masih di peringkat Asas, anda perlu membuat analisis kendiri dengan mencatatkan skor anda di ruang yang berkenaan di bawah. Contoh analisis juga disertakan di bawah.


Contoh: Di ruang analisis kendiri bagi tajuk Penyediaan suasana pembelajaran di rumah, saya catatkan skor yang saya perolehi iaitu 3 diruang Sedang maju (2-3). Ianya menunjukkan bahawa saya sedang maju dalam menyediakan suasana pembelajaran anak di rumah. Saya perlu menambah baik dengan memastikan tempat belajar anak saya sentiasa bersih dan kemas. Saya juga perlu menyediakan buku rujukan anak saya secukupnya.


Anda perlu mengisi skor anda di ruang yang berkenaan di bawah bagi aspek Interaksi sosial dengan anak anda. Contog pengisian juga disertakan di bawah.


Contoh: Bagi aspek Interaksi sosial dengan anak saya memperolehi skor 22. Saya catatkan skor saya di ruang Cemerlang (22-35). Analisis menunjukkan bahawa saya telah melakukan hampir semua aktiviti sosial bersama anak saya. Namun saya perlu menambah bilangan hari dalam berbual, beriadah dan makan bersama dengan anak.



C. Komunikasi dengan anak dan Sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Ingin tahu sejauh mana anda telah membantu anak anda dalam pembelajarannya melalui aspek komunikasi dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Sila isi soal selidik berikut di bawah. Jika kurang pasti jawapan, anda boleh rujuk contoh jawapan di bawah.

Contoh: Bagi setiap soalan saya tandakan bilangan hari  saya terlibat dalam 5 aktiviti setiap aspek seperti tersebut di bawah.

Saya mendapat skor 21 bagi Komunikasi dengan anak dan 20 bagi Sokongan terhadap kecemerlangan anak. Kemudian saya catatkan skor saya kedalam indikator di format di bawah.

Anda perlu juga mencatatkan skor anda di format dibawah bagi aspek Komunikasi dengan anak dan Sokongan terhadap kecerlangan anak. Anda juga boleh melihat contoh pengisisn di bawah.


Contoh: Saya catatkan skor saya 21 bagi aspek komunikasi dengan anak kedalam indikator di format di bawah. Pencapaian saya setakat ini ialah Sedang Maju. Saya perlu meningkatkan bilangan hari untuk berbincang dengan anak mengenai pelajarannya, menambah masa untuk mendengar cerita apa yang berlaku di sekolahnya dan menambah kekerapan hari untuk berhubung dengan sekolah untuk mengetahui kemajuannya.


Seterusnya, anda perlu mengisi skor sokongan terhadap kecemerlangan anak ke ruangan yang berkenaan di bawah. Contoh juga adalah seperti di bawah.

Contoh: Skor saya bagi aspek Sokongan terhadap kecemerlangan anak ialah 20. Indikator menunjukkan saya berada di tahap Sedang Maju. Sya perlu meningkatka penglibatan saya dalam membaca bersama-sama anak saya dan membimbingg anak saya dalam menyiapakan kerja rumahnya.

D. Analisis keseluruhan

Sejauh mana pencapaian anda secara keseluruhan dalam 4 aspek sama ada Cemerlang atau Sedang maju atau Asas? Untuk mengetahui anda perlu mengisi markah anda di ruang dibawah. Kalau markah keseluruhan anda berada di paras 89-110:anda Cemerlang, tahniah. Kalau 23-88 Sedang Maju:masih banyak ruang untuk membantu dalam pembelajaran anak anda. Kalau 0-22: anda berada di tahap Asas, anda perlu berazam bersungguh-sungguh untuk menolong dalam pembelajaran anak anda dan ambil tindakan penamahbaikan segera. Ingat anak kita umpama permata yang perlu digilap supaya menyerlah ketahap cemerlang.

Contoh:

 Daripada mengisi soal selidik dan membuat analisis kendiri, ibu bapa boleh mengetahui sama ada berada di tahap Asas atau Sedang Maju atau Cemerlang. Daripda sini ibu bapa boleh meningkatkan penglibatan dalam aspek yang perlu penambahbaikan.

Ibu bapa boleh juga menimba ilmu dengan cara berkongsi pengalaman melalui penyertaan dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa di sekolah anda. 

Jika anda ingin mendapatkan buku Sarana Ibu Bapa sila klik di sini. Tunggu sebentar sementara downloading.

kepada ibu bapa yang budiman, saya pohon agar anda menghibahkan  kandungan blog ini kepada semua ibu bapa yang belum lagi mengisi soal selidik dan membuat analisis kendiri. Mudah-mudahan tindakan  anda dapat membantu semua ibu bapa dalam meningkatkan penglibatan mereka dalam pembelajaran anak-anak ke arah kecemerlangan.

Murid Cemerlang Sekolah Gemilang Negara Terbilang. 

Yang Benar,
Dato' Seri Abd Rahman Hj Ali 
YDP PIBG SMK Seafield
Jurulatih Utama Kebangsaan