Friday, 27 April 2012

PIBG TERBAIK SEKOLAH MENENGAH


PIBG SMK Seafield telah dianugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan kategori PIBG Terbaik Sekolah Menengah oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia di Majlis Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada 24 April 2012.

Pemenang Anugerah Bersama YBhg ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pihak Pibg amat bersyukur dan sukacita kerana segala jasa bakti yang digembling selama ini demi kecemerlangan pelajar telah diiktiraf oleh kerajaan.Lebih mengharukan lagi ialah PIBG SMK Seafield buat julung kalinya telah dinobatkan sebagai PIBG terbaik di kalangan Sekolah Menengah di Malaysia.

Warga SMK Seafield Bersama YBhg Pengarah dan Pegawai Pelajaran Selangor

Sesungguhnya anugerah ini adalah hasil usaha gigih yang berterusan dengan  kerjasama yang padu di antara PIBG, Pengetua dan warga sekolah serta bimbingan pihak JPS dan PPD Petaling Perdana.

Kejayaan ini  telah memberi perangsang  kepada semua ahli PIBG dan warga sekolah untuk lebih gigih dalam mentransformasi PIBG kearah peningkatan prestasi dan kecemerlangan pelajar sekelian.

PIBG Mentransformasi, 
Pelajar Meningkat Prestasi, 
SMK Seafield Berprestasi TInggi

Tuesday, 24 April 2012

PIBG DIANUGERAH CEMERLANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR



PIBG SMK Seafield telah dianugerah sebagai PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Selangor bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Anugerah yang berupa cek bernilai RM 2,500.00, tropi dan sijil telah di sampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Abdullah Bin Mad Yunus, Pengarah  Pelajaran Negeri Selangor kepada Yang Berbahagia Dato' Abd Rahman Bin Hj Ali, YDP PIBG di upacara yg telah diadakan di MSU, Shsh Alam pada 10 April 2012.

Para hadirin meliputi Datin Rosalind, Datuk Norayini & Pn Chong

PIBG amat bersyukur diatas penganugerahan ini. Ianya akan meningkatkan azam PIBG untuk terus melipatgandakan usaha kearah kecemerlangan pelajar.

.Warga Seafield bersama Anugerah PIBG & Akadenik

Semoga PIBG mentransformasi, pelajar meningkat prestasi, SMK Seafield berprestasi tinggi

Sunday, 8 April 2012

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH PIBG KEBANGSAAN

Dengan sukacitanya kami,ahli-ahli PIBG mengalu-alukan kedatangan Panel Penilai Anugerah PIBG Kebangsaan pada 9 April 2012.

Kami merasa bertuah kerana menerima kunjungan kali kedua daripada Panel yang arif lagi budiman..

Sesungguhnya lawatan ini akan memberi semangat, dorongan dan pengalaman yang berharga kepada kami dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar.

Diatas kesudian panel melawat kami, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,
AJK PIBG SMK Seafield

Friday, 6 April 2012

SELAMAT DATANG KE PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR PERMATA HATI 2012




PIBG mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke Program Pintar Permata Hati 2012. Program ini adalah anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PIBG.Butiran program adalah seperti berikut:

                           Tarikh      : 7 April 2012
                           Masa        : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
                           Sasaran    : Ibu Bapa pelajar-pelajar Permata Hati
                           Tempat    : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield

Semoga program ini  akan memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang perkembangan anak masing-masing dan mengatur tindakan untuk membantu menambahbaik prestasi anak-anak mereka.

Friday, 30 March 2012

TAHNIAH PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM SPM & PMR




Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah SMK Seafield yang telah mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan PMR.

Dalam peperiksaan SPM, pencapaian terbaik telah direkodkan setakat ini dengan 75 pelajar 'straight A', 97.57% lulus, GPS 2.80 dan sekolah terbaik dalam PPD Petaling Perdana bagi sekolah harian.

Bagi PMR pula, sekolah terbaik dalam Negeri Selangor bagi sekolah harian dengan 97.08% lulus dan GPS 1.64.

Semoga teruskan kecemerlangan!

Ikhlas,
PIBG SMK Seafield

Wednesday, 21 March 2012

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH PIBG KEBANGSAAN

AJK dan ahli-ahli PIBG SMK Seafield mengucapkan selamat datang kepada Panel Penilai Anugerah PIBG Kebangsaan ke SMK Sefield pada hari ini, 22 Mac 2012.

Sesungguhnya kedatangan Panel Penilai memberi semangat dan azam kepada kami untuk terus berkhidmat demi kecemerlangan pelajar.

Kami ucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Panel Penilai melawat kami disini. Terima kasih daun keladi, semoga sudi kiranya datang lagi di lain hari.

Yang Ikhlas,
Dato` Abd Rahman Hj Ali
YDP PIBG SMK Seafield

Thursday, 15 March 2012

SMK SEAFIELD ENTHRALLED GERMAN AUDIENCES



Congratulations! to Datin Pengetua and the choir entourage to Germany for the excellent performance. We also would like to congratulate the school's  choir group for being the Champion in  Selangor State and the Fourth in National 2011 Choir Competitions. PIBG is indeed proud of all of you.

.

For your information, the following is the news which has been published in BERNAMA and The Star online yesterday, 14 Mac 2012:




M'sian school choir enthralls German audiences


FRANKFURT: A Malaysian school choir, currently visiting Germany, has enthralled audiences.
The choir of four boys and 10 girls performed at the Musik-und Singschule of Heidelberg and Gymnasium (Germany's version of a grammar school) in Neckargemund.

The visit of the SMK Seafield choir of Subang Jaya, Selangor, comes as an opportunity to promote the people-to-people contact and create lasting friendship that helps foster personal ties.
Speaking at a dinner hosted by Malaysia's Senior Trade Commissioner in Germany, Mohd Sabri Abd Rahman, the school's principal, Zaleha Abu Hasan, said that she and her colleagues had brought the choir to expose its young members to Germany.

"We encourage our school children to see and experience things in other parts of the world. Such exposure will help them in pursuing their niche areas," she told Bernama in an interview.
The school choir is paying a return visit to Germany in response to a similar visit to Malaysia by a choir group representing the Musik-und Singschule of Heidelberg.

The message of the choir "Menyanyi Berpadu" (Bonding Through Singing) has gone down well with the Germans.

The Malaysian school choir group, except for some basic logistics support from the Goethe Institute and the German Ministry of Family, Youth and Women, and assistance provided by Malaysia's corporate sector, organised the entire trip on its own, with parents of the choir members raising the money for the trip.
The choir's performance was witnessed by Dr Joachim Gerner, the Heidelberg mayor for family, social affairs and culture, and Malaysian consul general in Frankfurt John Samuel, both of whom were reportedly pleased with it.

Reflecting upon her visit, Zaleha said that the "people in Germany have been warm and sincere."
"They were impressed by the show, the costumes, singing, and so on," she said.

She narrated about an incident when an elderly German couple, who had lived in Malaysia for seven years, made it a point to come to the choir's performance in Heidelberg after reading about it in a local newspaper.
Zaleha and her staff, who expressed "deep gratitude" to Sabri and his wife, a school teacher, saw "great potential" for Malaysian choir groups to perform overseas and also contribute to promoting Malaysia's relations with the countries they visit.

"Groups like ours can generate tremendous goodwill abroad but we also need assistance to send our groups abroad.

"We are also interested in giving performances before a German audience in Malaysia, provided we get help from the German mission there," she said. BERNAMA