Dengan sukacitanya kami,ahli-ahli PIBG mengalu-alukan kedatangan Panel Penilai Anugerah PIBG Kebangsaan pada 9 April 2012.
Kami merasa bertuah kerana menerima kunjungan kali kedua daripada Panel yang arif lagi budiman..
Sesungguhnya lawatan ini akan memberi semangat, dorongan dan pengalaman yang berharga kepada kami dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar.
Diatas kesudian panel melawat kami, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang Benar,
AJK PIBG SMK Seafield
BAGAIMANA MENTRANSFORM PIBG BIASA KPD PIBG CEMERLANG? MELALUI 7 ANJAKAN. DIKONGSI PENGALAMAN MELALUI 7 JILID. LAWATI WWW.SYNERGYEBOOKS.COM
Sunday, 8 April 2012
Friday, 6 April 2012
SELAMAT DATANG KE PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR PERMATA HATI 2012
PIBG mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke Program Pintar Permata Hati 2012. Program ini adalah anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PIBG.Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 7 April 2012
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Sasaran : Ibu Bapa pelajar-pelajar Permata Hati
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Semoga program ini akan memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang perkembangan anak masing-masing dan mengatur tindakan untuk membantu menambahbaik prestasi anak-anak mereka.
Friday, 30 March 2012
TAHNIAH PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM SPM & PMR
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah SMK Seafield yang telah mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan PMR.
Dalam peperiksaan SPM, pencapaian terbaik telah direkodkan setakat ini dengan 75 pelajar 'straight A', 97.57% lulus, GPS 2.80 dan sekolah terbaik dalam PPD Petaling Perdana bagi sekolah harian.
Bagi PMR pula, sekolah terbaik dalam Negeri Selangor bagi sekolah harian dengan 97.08% lulus dan GPS 1.64.
Semoga teruskan kecemerlangan!
Ikhlas,
PIBG SMK Seafield
Wednesday, 21 March 2012
SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH PIBG KEBANGSAAN
AJK dan ahli-ahli PIBG SMK Seafield mengucapkan selamat datang kepada Panel Penilai Anugerah PIBG Kebangsaan ke SMK Sefield pada hari ini, 22 Mac 2012.
Sesungguhnya kedatangan Panel Penilai memberi semangat dan azam kepada kami untuk terus berkhidmat demi kecemerlangan pelajar.
Kami ucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Panel Penilai melawat kami disini. Terima kasih daun keladi, semoga sudi kiranya datang lagi di lain hari.
Yang Ikhlas,
Dato` Abd Rahman Hj Ali
YDP PIBG SMK Seafield
Sesungguhnya kedatangan Panel Penilai memberi semangat dan azam kepada kami untuk terus berkhidmat demi kecemerlangan pelajar.
Kami ucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Panel Penilai melawat kami disini. Terima kasih daun keladi, semoga sudi kiranya datang lagi di lain hari.
Yang Ikhlas,
Dato` Abd Rahman Hj Ali
YDP PIBG SMK Seafield
Thursday, 15 March 2012
SMK SEAFIELD ENTHRALLED GERMAN AUDIENCES



Congratulations! to Datin Pengetua and the choir entourage to Germany for the excellent performance. We also would like to congratulate the school's choir group for being the Champion in Selangor State and the Fourth in National 2011 Choir Competitions. PIBG is indeed proud of all of you.
.
For your information, the following is the news which has been published in BERNAMA and The Star online yesterday, 14 Mac 2012:
M'sian school choir enthralls German audiences
GTP False 0
FRANKFURT: A Malaysian school choir, currently visiting Germany, has enthralled audiences.
The choir of four boys and 10 girls performed at the Musik-und Singschule of Heidelberg and Gymnasium (Germany's version of a grammar school) in Neckargemund.
The visit of the SMK Seafield choir of Subang Jaya, Selangor, comes as an opportunity to promote the people-to-people contact and create lasting friendship that helps foster personal ties.
Speaking at a dinner hosted by Malaysia's Senior Trade Commissioner in Germany, Mohd Sabri Abd Rahman, the school's principal, Zaleha Abu Hasan, said that she and her colleagues had brought the choir to expose its young members to Germany.
"We encourage our school children to see and experience things in other parts of the world. Such exposure will help them in pursuing their niche areas," she told Bernama in an interview.
The school choir is paying a return visit to Germany in response to a similar visit to Malaysia by a choir group representing the Musik-und Singschule of Heidelberg.
The message of the choir "Menyanyi Berpadu" (Bonding Through Singing) has gone down well with the Germans.
The Malaysian school choir group, except for some basic logistics support from the Goethe Institute and the German Ministry of Family, Youth and Women, and assistance provided by Malaysia's corporate sector, organised the entire trip on its own, with parents of the choir members raising the money for the trip.
The choir's performance was witnessed by Dr Joachim Gerner, the Heidelberg mayor for family, social affairs and culture, and Malaysian consul general in Frankfurt John Samuel, both of whom were reportedly pleased with it.
Reflecting upon her visit, Zaleha said that the "people in Germany have been warm and sincere."
"They were impressed by the show, the costumes, singing, and so on," she said.
She narrated about an incident when an elderly German couple, who had lived in Malaysia for seven years, made it a point to come to the choir's performance in Heidelberg after reading about it in a local newspaper.
Zaleha and her staff, who expressed "deep gratitude" to Sabri and his wife, a school teacher, saw "great potential" for Malaysian choir groups to perform overseas and also contribute to promoting Malaysia's relations with the countries they visit.
"Groups like ours can generate tremendous goodwill abroad but we also need assistance to send our groups abroad.
"We are also interested in giving performances before a German audience in Malaysia, provided we get help from the German mission there," she said. BERNAMA
Friday, 2 March 2012
MESYUARAT AGUNG KE-19 MERIAH DAN LANCAR
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Seafield ke-19 yang berlangsung pada 25 Februari 2012 telah mendapat sambutan yang meriah dan berjalan lancar. Ianya dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj Mahmud Bin Karim, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.
Perbarisan Pasukan Beruniform
Ketibaan Tuan Timbalan Pengarah disambut dengan paluan kompang, perbarisan badan-badan beruniform dan persembahan cheerleading. Kemudian Pasukan Pancaragam memainkan lagu Negara ku dan sebuah lagi lagu sebaik saja beliau mengambil tempat di kerusi tetamu khas.
Pasukan Pancaragan memainkan Negara Ku
Upacara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pengetua, ucapan YDP PIBG dan seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.
Ucapan YBhg. Datin Zaleha
YBhg. Datin Zaleha Abu Hasan, Pengetua SMK Seafield telah merakamkan penghargaan kepada Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor diatas kesudiannya hadir ke majlis ini dan seterusnya menerangkan pencapaian sekolah dari aspek kurikulum dab kokurikulum sehingga dianugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Januari 2012.
Ucapan YBhg.Dato' Abd Rahman
YBhg. Dato Abd Rahman HJ Ali, YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada Tuan HJ Mahmud Bin Karim diatas kehadiran dan kemurahan hati merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG ini. Beliau kemudian memberi penerangan tentang peranan dan pencapaian PIBG , seterusnya menyarankan agar hadirin memilih AJK sesi 2012 berdasarkan 3D iaitu Desire - kemahuan untuk menyumbang bakti bukan hanya ingin memegang jawatan, Devotion – kesungguhan untuk menyumbang tenaga, masa dan mata benda bukan hanya menjadi penumpang. Dan Discipline- berupaya mengawal diri, hormat menghormati dan boleh menjadi ahli pasukan atau team member.
Ucapan Perasmian YBhg.Tn Hj Mahmud
YBhg. Tuan Hj Mahmud dalam ucapan perasmiannya, antara lain telah :
- · Mengucapkan terima kasih diatas jemputan dan tahniah kepada PIBG kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Ke-19 sebelum akhir bulan Mac 2012.
- · Merakamkan syabas kepada warga sekolah kerana sungguh komited sehingga dianugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Beliau menyarankan agar, "cikgu teruskan kecemerlangan, jangan sesal menjadi guru kerana guru-guru adalah jutawan akhirat.”
- · Menyarankan agar sekolah, disamping telah mencapai kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sukan, “perlu mempelbagaikan aktiviti," meliputi telematch dan seni seperti talent time, karaoke . Ini membolehkan sekolah mencungkil bakat pelajar yang mungkin tidak menyerlah dalam akademik, koko atau sukan.
- · Mengingatkan Ibu bapa agar sentiasa membimbing anak-anak kearah kejayaan dan seterusnya mengawasi mereka “dengan siapa anak bergaul’”untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
- · Menyarankan ibu bapa sentiasa menyokong PIBG dengan bersetuju kepada cadangan Sumbangan PIBG, “anggaplah sumbangan sebagai amal jariah.”
- · Memaklumkan kerajaan kini sedang menerapkan Program Sayangi Sekolah . Beliau menyarankan agar sekolah menjayakan program ini dengan ,” cikgu dan AJK PIBG menyambut pelajar-pelajar datang ke sekolah.”
En Prabakar, NYDP menerima sijil & cenderamata
Pn Chong PK1 juga menerima sijil dan cenderamata
Apabila selesai ucapan perasmian, dituruti pula upacara penyampaian sijil dan cenderamata kepada AJK Sesi 2011. kemudian hadirin dijamu selera sambil disajikan dengan persembahan kumpulan koir. Sebelum meninggalkan majlis, Tuan Hj Mahmud telah melawat Akas Seri iaitu Tandas bertaraf R&R dan Galeri Sejarah. Nampaknya beliau gembira dan amat berpuas hati dengan pencapaian PIBG dan sekolah.
.
Barisan AJK Sesi 2011
Mesyuarat Agung yang dihadiri oleh 226 orang ahli dan Penasihat kemudian telah bersidang dan berjalan lancar mengikuti agenda sepertimana termaktub dalam perenggan 26 Perlembagaan PIBG.
Sebahagian hadirin
Antara keputusan yang telah luluskan
1. Perlantikan AJK sesi 2012
Mesyuarat telah bersetuju melantik AJK sepertimana tertera dalam gambar berikut:
Penaung, Penasihat dan barisan AJK Sesi 2012
2. Sumbangan PIBG
Mesyuarat meluluskan kutipan bagi sumbangan PIBG untuk pelajar lelaki dan perempuan adalah sebanyak RM50.00. Manakala pelajar yang menduduki Kelas Peperiksaan PMR, SPM, dan STPM dikenakan lebihan bayaran sebanyak RM10.00 bagi Program Peningkatan Prestasi. Bagi setiap pelajar perempuan dikenakan bayaran tambahan RM10.00 untuk perkhidmatan ‘Hygiene’.
3.
3. Aktiviti PIBG 2012
Mesyuarat telah sebulat suara meluluskan Hari Karnival Keluarga Bahagia dengan penyertaan
ibu bapa, menyambung pembinaan puast kokurikulum, memberi sumbangan kepada kelab guru,
menaja pelajar menyertai aktiviti kurikulum dan kokurikulum, menaja aktiviti menceria dan menghijau
sekolah, menyumbang menyelenggara sekolah, melengkapkan Pusat Sumber, memotivasi pelajar,
menyedia kawalan keselamatan, menganjurkan Talentime dan Minggu PIBG.
4. 4. Usul-usul
Sebanyak 17 usul telah dikemukakan oleh ibu bapa dan dibawa ke mesyuarat. Kebanyakkannya
merupakan komen dan pemerhatian yang telah dijelaskan dan diberitahu tentang penambahbaikan yang
sedang dilakukan. Antara usul yang dipersetujui adalah:
1. Membina bumbung di tapak perhimpunan
2. Menyediakan water cooler di sekolah
Setelah tiada hal-hal lain yang perlu di bincangkan, YDP PIBG telah menyampaikan Ucapan Penangguhan. Beliau telah merakamkan terima kasih sekali lagi kepada AJK Sesi 2011yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan kepada hadirin diatas keperihatinan dan sabar menunggu sehingga mesyuarat selesai. Beliau juga berharap agar ibu bapa dan guru terus menyokong PIBG kearah kecemerlangan dan menjemput para hadirin ke jamuan kesyukuran sempena penerimaan anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Penaung dan AJK rancak mengambil hidangan
Pengetua dan PK1 juga seronok menjamu selera
Hidangan: 3 ekor kambing, nasi arab & putih, Asam pedas
tenggiri....
...gulai tempoyak patin, talapia panggang, sayuran dll.
Jamuan Kesyukuran diiringi muzik oleh pelajar-pelajar
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang. .
Majlis Perasmian dan perjalanan Mesyuarat Agung serta Jamuan Kesyukuran meninggalkan kenangan yang manis kepada hadirin sekelian.
Untuk makluman,Minit Mesyuarat Agung ke-19 akan dimuatkan dalam blog ini untuk makluman ibu bapa yang hadir dan pengunjung dalam masa 14 hari selepas Mesyuarat Agung.
Selamat menyumbang kearah kecemerlangan PIBG dan kegemilangan Sekolah.
Pibg Cemerlang SMK Seafield Gemilang
Tuesday, 21 February 2012
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 19
Dengan hormatya dimaklumkam bahwa Mesyuarat Agung PIBG yang Ke 19 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 25 Februari 2012
Masa: 9:00 pagi
Pendaftaran Ahli Bermula: 8:15 pagi
Pendaftaran Ahli Bermula: 8:15 pagi
Tempat: Dewan Seri Kenangan
Perasmian Oleh: Y. Bhg. Tuan Haji Mahmud Bin Karim
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor
Semua ahli PIBG SMK Seafield dijemput hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG disamping berpeluang mendapat maklumbalas kemajuan PIBG dan seterusnya dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara kita.
Selepas Mesyuarat Agung, jamuan kesyukuran akan diadakan bagi mensyukuri anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang diperolehi oleh sekolah SMK Seafield pada 30 Januari 2012.
Pihak PIBG terlebih dahulu merakamkan penghargaan dan terima kasih diatas kehadiran tuan puan. Semoga kehadiran tuan puan akan memeriahkan lagi Mesyuarat Agung yang akan diadakan nanti.
Selamat Bermesyuarat..
Perasmian Oleh: Y. Bhg. Tuan Haji Mahmud Bin Karim
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor
Semua ahli PIBG SMK Seafield dijemput hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG disamping berpeluang mendapat maklumbalas kemajuan PIBG dan seterusnya dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara kita.
Selepas Mesyuarat Agung, jamuan kesyukuran akan diadakan bagi mensyukuri anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang diperolehi oleh sekolah SMK Seafield pada 30 Januari 2012.
Pihak PIBG terlebih dahulu merakamkan penghargaan dan terima kasih diatas kehadiran tuan puan. Semoga kehadiran tuan puan akan memeriahkan lagi Mesyuarat Agung yang akan diadakan nanti.
Selamat Bermesyuarat..
Subscribe to:
Comments (Atom)


