Friday, 2 March 2012

MESYUARAT AGUNG KE-19 MERIAH DAN LANCAR


Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Seafield ke-19 yang berlangsung pada 25 Februari 2012 telah mendapat sambutan yang meriah dan berjalan lancar. Ianya dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj Mahmud Bin Karim, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.

Perbarisan Pasukan Beruniform

Ketibaan Tuan Timbalan Pengarah disambut  dengan paluan kompang,  perbarisan badan-badan beruniform dan persembahan cheerleading. Kemudian Pasukan Pancaragam memainkan lagu Negara ku  dan sebuah lagi lagu sebaik saja beliau mengambil tempat di kerusi  tetamu khas.

Pasukan Pancaragan memainkan Negara Ku

Upacara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pengetua, ucapan YDP PIBG dan seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.

Ucapan YBhg. Datin Zaleha

YBhg. Datin Zaleha Abu Hasan, Pengetua SMK Seafield telah merakamkan penghargaan kepada Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor diatas kesudiannya hadir ke majlis ini dan seterusnya menerangkan pencapaian sekolah dari aspek kurikulum dab kokurikulum sehingga dianugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Januari 2012.

Ucapan YBhg.Dato' Abd Rahman

YBhg. Dato Abd Rahman HJ Ali, YDP PIBG juga mengucapkan terima  kasih kepada semua yang hadir dan kepada Tuan HJ Mahmud Bin Karim diatas kehadiran dan kemurahan hati merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG ini. Beliau kemudian memberi penerangan tentang peranan  dan pencapaian PIBG , seterusnya  menyarankan agar hadirin memilih AJK sesi 2012 berdasarkan 3D iaitu Desire - kemahuan untuk menyumbang bakti bukan hanya ingin memegang jawatan, Devotion – kesungguhan untuk menyumbang tenaga, masa  dan mata benda bukan hanya menjadi penumpang. Dan Discipline- berupaya mengawal diri, hormat menghormati dan boleh menjadi ahli pasukan atau team member.

Ucapan Perasmian YBhg.Tn Hj Mahmud

YBhg. Tuan Hj Mahmud dalam ucapan perasmiannya, antara lain  telah :
  • ·         Mengucapkan terima kasih diatas jemputan dan tahniah kepada PIBG kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Ke-19 sebelum akhir bulan Mac 2012.
  • ·         Merakamkan syabas kepada warga sekolah kerana sungguh komited sehingga dianugerah  Sekolah Kluster Kecemerlangan. Beliau menyarankan agar, "cikgu teruskan kecemerlangan, jangan sesal menjadi guru kerana guru-guru adalah jutawan akhirat.”
  • ·         Menyarankan agar sekolah, disamping telah mencapai kecemerlangan  kurikulum, kokurikulum dan sukan, “perlu mempelbagaikan aktiviti," meliputi  telematch dan seni seperti talent time, karaoke . Ini membolehkan sekolah mencungkil bakat pelajar yang mungkin tidak menyerlah dalam akademik, koko atau sukan.
  • ·         Mengingatkan Ibu bapa agar sentiasa membimbing anak-anak kearah kejayaan dan seterusnya mengawasi mereka “dengan siapa anak bergaul’”untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  • ·         Menyarankan ibu bapa sentiasa menyokong PIBG dengan bersetuju  kepada cadangan Sumbangan PIBG, “anggaplah sumbangan sebagai amal jariah.”
  • ·         Memaklumkan kerajaan kini sedang menerapkan Program Sayangi Sekolah . Beliau menyarankan agar sekolah menjayakan program ini dengan ,” cikgu dan AJK PIBG menyambut pelajar-pelajar datang ke sekolah.” 
En Prabakar, NYDP menerima sijil & cenderamata

Pn Chong PK1 juga menerima sijil dan cenderamata

Apabila selesai ucapan  perasmian,  dituruti pula upacara penyampaian sijil dan cenderamata kepada AJK Sesi 2011. kemudian hadirin dijamu selera sambil disajikan dengan persembahan kumpulan koir. Sebelum meninggalkan majlis, Tuan Hj Mahmud telah melawat Akas Seri iaitu Tandas bertaraf R&R dan Galeri Sejarah. Nampaknya beliau gembira dan amat berpuas hati dengan pencapaian PIBG dan sekolah.
.
Barisan AJK Sesi 2011

Mesyuarat Agung yang dihadiri oleh 226 orang ahli dan Penasihat kemudian telah bersidang dan berjalan lancar mengikuti  agenda sepertimana termaktub dalam perenggan 26 Perlembagaan PIBG.

 Sebahagian hadirin

Antara keputusan  yang telah luluskan   
             1.   Perlantikan AJK sesi 2012
                   Mesyuarat telah bersetuju melantik AJK sepertimana tertera dalam gambar berikut:


Penaung, Penasihat dan barisan AJK Sesi 2012  

        
   2.   Sumbangan PIBG
Mesyuarat  meluluskan kutipan bagi sumbangan PIBG untuk pelajar lelaki dan perempuan  adalah sebanyak RM50.00. Manakala pelajar yang menduduki Kelas Peperiksaan PMR, SPM, dan STPM dikenakan lebihan bayaran sebanyak RM10.00 bagi Program Peningkatan Prestasi. Bagi setiap pelajar perempuan dikenakan bayaran tambahan RM10.00 untuk perkhidmatan ‘Hygiene’.
3.       
                   3.  Aktiviti PIBG 2012
          Mesyuarat telah sebulat suara meluluskan Hari Karnival Keluarga Bahagia dengan penyertaan 
          ibu bapa, menyambung pembinaan puast kokurikulum, memberi sumbangan kepada kelab guru,     
          menaja pelajar menyertai aktiviti kurikulum dan kokurikulum, menaja aktiviti menceria dan menghijau  
          sekolah, menyumbang menyelenggara sekolah, melengkapkan Pusat Sumber, memotivasi pelajar, 
          menyedia kawalan keselamatan, menganjurkan Talentime dan Minggu PIBG.

4.                                4. Usul-usul
        Sebanyak 17 usul telah dikemukakan oleh ibu bapa dan dibawa ke mesyuarat. Kebanyakkannya        
        merupakan komen dan pemerhatian yang telah dijelaskan dan diberitahu tentang penambahbaikan yang 
        sedang dilakukan. Antara usul yang dipersetujui adalah:
1.      Membina bumbung di tapak perhimpunan
2.       Menyediakan water cooler di sekolah

Setelah tiada hal-hal lain yang perlu di bincangkan, YDP PIBG telah menyampaikan Ucapan Penangguhan. Beliau telah merakamkan terima kasih sekali lagi kepada AJK Sesi 2011yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan kepada hadirin diatas keperihatinan dan sabar menunggu sehingga mesyuarat selesai. Beliau juga berharap agar ibu bapa dan guru terus menyokong PIBG kearah kecemerlangan dan menjemput para hadirin ke jamuan kesyukuran sempena penerimaan anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Penaung dan AJK rancak mengambil hidangan

Pengetua dan PK1 juga seronok menjamu selera


Hidangan: 3 ekor kambing, nasi arab & putih, Asam pedas
tenggiri....


...gulai tempoyak patin, talapia panggang, sayuran dll.


Jamuan Kesyukuran diiringi  muzik oleh pelajar-pelajar

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang. .

Majlis Perasmian dan   perjalanan Mesyuarat Agung serta Jamuan Kesyukuran meninggalkan kenangan yang manis kepada hadirin sekelian.

Untuk makluman,Minit Mesyuarat Agung ke-19 akan dimuatkan dalam blog ini untuk makluman ibu bapa yang hadir dan pengunjung dalam masa 14 hari selepas Mesyuarat Agung.

Selamat menyumbang kearah kecemerlangan PIBG dan kegemilangan Sekolah.  

Pibg Cemerlang SMK Seafield Gemilang

Tuesday, 21 February 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 19

Dengan hormatya dimaklumkam bahwa Mesyuarat Agung PIBG yang Ke 19 akan diadakan seperti berikut:
                       Tarikh: 25 Februari 2012
                        Masa:  9:00 pagi
                        Pendaftaran Ahli Bermula: 8:15 pagi
                       Tempat: Dewan Seri Kenangan
                        Perasmian Oleh: Y. Bhg. Tuan Haji Mahmud Bin Karim
                                                   Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor

Semua ahli PIBG SMK Seafield dijemput hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG disamping berpeluang mendapat maklumbalas kemajuan PIBG dan seterusnya dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara kita.

Selepas Mesyuarat Agung, jamuan kesyukuran akan diadakan bagi  mensyukuri anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang diperolehi oleh sekolah SMK Seafield pada 30 Januari 2012.

Pihak PIBG terlebih dahulu merakamkan penghargaan dan terima kasih diatas kehadiran tuan puan. Semoga kehadiran tuan puan akan memeriahkan lagi Mesyuarat Agung yang akan diadakan nanti.

Selamat Bermesyuarat..

Saturday, 21 January 2012

GONG XI FA CAI

KEPADA SEMUA IBU BAPA, GURU DAN PELAJAR CINA
PIBG MENGUCAPKAN
GONG XI FA CAI
SEMOGA TAHUN NAGA
AKAN MEMBAWA 
KESEJAHTERAAN
KEJAYAAN
KEGEMILANGAN
KEPADA WARGA
SMK SEAFIELD.

Thursday, 5 January 2012

SELAMAT MEMULAKAN PERSEKOLAHAN 2012

PIBG mengucapkan Selamat Memulakan Persekolahan 2012 kepada semua pelajar SMK Seafield. Kepada guru-guru, diucapkan Selamat Bertugas semula dan kepada semua ibu bapa Selamat  Membantu Mengikuti Perkembangan dan Menambah baik prestasi anak-anak. Semoga 2012 akan membawa kegemilangan kepada semua pelajar, sekolah dan PIBG.

Khusus kepada ibu bapa pelajar tingkatan 1, kami ucapkan Selamat Menjadi keluarga SMK Seafield. Syabas dan tahniah kerana telah memilih sekolah ini sebagai sekolah yang akan membawa anak-anak kercu kejayaan. Adalah diharapkan Majlis Oriantasi semalam akan dapat membantu ibubapa menggendali anak-anak mereka dengan lebih lancar dan aman.

Dengan pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan1 seramai 363, jumlah pelajar setakat 3/1/12 berjumlah 2,100

Wednesday, 14 December 2011

UNESCO LEADS THE WAY IN MOBILE LEARNING



“Nevertheless, there are very few
 national policies directly related to mobile phones
and learning and of those that do exist, many ban
the use of mobile phones at schools.” stated UNESCO Press.

In conjunction with its first Mobile Learning Week, UNESCO has declared in Paris, on Monday, 12 December 2011, the opening of a global summit and symposium gathering experts from around the world to discuss the impact of mobile telephone on education and learning. It has launched an initiative to harness the technology and bring mobile phone use into the classroom.


Organized in partnership with Nokia, the International Experts Meeting on Mobile Learning  takes place from 12 to 14 December and will be followed by the UNESCO Symposium on Mobile Learning, 15 and 16 December.

 

“As 90% of the world’s population now has access to mobile networks, there is growing enthusiasm about the potential of mobile devices to improve education access, quality and equity. This potential has been proved by a range of initiatives in Mozambique, Pakistan, South Africa Niger, Kenya and Mongolia that have helped to: provide access to distance education for teachers, improve literacy among girls and women, motivate learners, nurture an interest in mathematics and enhance school administration and communication between principals and teachers.


Nevertheless, there are very few national policies directly related to mobile phones and learning and of those that do exist, many ban the use of mobile phones at schools. Mobile Learning Week has been designed to help meet the need to develop enabling policies for mobile learning, which is the purpose of the Guidelines on Mobile Learning Policy U NESCO is expecting to release in late 2012,” according to UNESCOPress.


Since the Ministry of Education (KPM) is in the process of transformation, it would be good if it can explore the potential of mobile devices to improve education access, quality and equity in Malaysia


Read full press release. 


Tuesday, 13 December 2011

KONVENSYEN PIBG KEBANGSAAN 2011

Perasmian oleh YB Dr Mohd Puad Bin Zarkashi

PIBG SMK Seafield merupakan salah satu  daripada 30 PIBG yang mewakili Selangor dalam Konvensyen PIBG Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 9hb- 11hb Disember 2011 di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highland.

PIBG SMK Seafield telah diwakili oleh Dato'Abd. Rahman Bin Hj Ali, Yang Di Pertua. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Panel Forum yang membincangkan tema Konvensyen yang berjodol " PIBG Pemangkin Gagasan 1 Malaysia." 




Perkongsian En Jaul anak Bunyau,Guru Besar SK 
Ulu Lubai,Limbang, Sarawak.


Konvensyen telah dirasmikan oleh Y.B Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran pada malam 9hb Disember,2011. Ianya diikuti pada keesokannya oleh Ucaputama  wakil Ketua Pengarah, Forum Dasar-Dasar Pendidikan "Cabaran dan Harapan", Perkongsian Amalan Terbaik PIBG oleh PIBG SK Ulu Lubai,Limbang , Sarawak dan PIBG SMK Putra Jaya Presint 9(1),dan Pembentangan Transformasi Pendidikan Vokasional.


Dato' Mazlan mempunyai suara yang lunak di tahap Pro.

Jamuan Makan Malam anjuran Kerajaan Negeri Pahang telah di adakan pada malam 10hb Disember 2011.
Kerajaan Negeri Pahang telah diwakili oleh YB Dato' Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli.

Forum "PIBG Pemangkin  1 Malaysia" telah diadakan  selama 1 jam 30 minit pada pagi 11hb Disember 2011 sebelum Majis Penutupan yang disampurnakan oleh Y B Dato' Ir, Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran.
Ucapan Penutupan oleh YB Dr Wee Ka Siong
Sesi Forum mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada peserta dengan soalan dan pandangan sehinggakan ada peserta yang telah bangun tapi tidak berkesempatan mengutara pandangan mereka oleh sebab kesuntukan masa. Namun Tuan Moderator telah mengsyorkan supaya mereka mengemukakan soalan atau pandangan kepada urusetia untuk diambil tindakan selanjutnya.

Y.B Dato' Dr Wee Ka Siong dalam ucapan penutupnya telah menzahirkan penghargaan diatas kehadiran, pengorbanan dan sumbangan peserta-peserta kepada PIBG dan  pendidikan negara. Beliau sangat peka diatas permohonan dana untuk PIBG yang diutarakan oleh peserta-peserta, namun kerajaan tidak berupaya mempertimbangkannya memandangkan kerajaan baru saja menyumbang:

  1. Bantuan Persekolahan RM100.00 kepada semua pelajar SK dan SMK ( Tahun 1- Tingkatan 5)
  2. Pemansuhan bayaran yuran tambahan RM 24.50 (SK) dan RM 33.50 (SMK). Ini melibatkan top up sejumlah  RM150 juta.
  3. Pemberian Baucer Buku RM200.00 kepada murid di IPTA, IPTS, Matrikulasi serta tingkatan 6.
Beliau juga mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Konvensyen di setiap negeri tahun depan seperti yang disyorkan. KPM juga akan menganjurkan Anugerah Kepimpinan PIBG sebagai menggantikan pertandingan yang tidak dapat diteruskan pada tahun ini.

Pada keseluruhan Konvenseyen ini telah memberi manfaat kepada 500 peserta yang terdiri daripada YBhg. Dato Mazlan Bin Muhammad, Pengarah Bahagian Sekolah Harian merangkap Pengerusi Pengelola. Pengarah- Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Negeri, Pegawai-Pegawai KPM, Pegawai-Pegawai IAB dan YDP-YDP PIBG.

Penulis berharap agar KPM akan mengambil tindakan keatas segala pandangan dan cadangan khususnya usaha untuk MENTRANSFORMASIKAN PIBG demi kemajuan PIBG, Pelajar dan Pendidikan Negara.

Thursday, 1 December 2011

JARINGAN DENGAN PIBG INDONESIA



Tanggal 26 November 2011 merupakan tarikh bersejarah di mana tercipta  jaringan antara PIBG SMK Seafield dan PIBG SMA Negeri 4, Surakarta, Indonesia. 



Menjalin hubungan erat antara sekolah

Jalinan ini merupakan titik permulaan kerjasama antara kedua-dua PIBG dalam usaha memajukan sekolah dan pelajar( siswa ) di masa hadapan. Dalam ucapan YDP PIBG, beliau telah melahirkan kesyukuran kerana dapat bertemu dan menjalin silaturahim dengan komiti (PIBG) dan warga SMA Negeri 4. Beliau berharap hubungan ini akan membuahkan kerjasama yang akan dimenafaatkan kedua belah pihak. 




Ketua Komiti (baju biru) memerhati Ketua Sekolah
yang sedang melihat jadual di fonnya.


Sementara Ketua Komiti (PIBG) telah melahirkan rasa  sukacita menerima kunjungan rombongan dari SMK Seafield yang terdiri daripada Pengetua, YDP PIBG , dan 12 orang guru and AJK PIBG dan berharap lawatan ini akan disusuli dengan perlaksanaan beberapa projek bersama.


Pemberian cenderamata daripada SMA Negeri 4



Ketua Sekolah( Pengetua) menzahirkan rasa sukacita dan berterima kasih kerana dalam  merancang mencari rakan (partner) di peringkat antarabangsa, pihak SMK Seafield telah menghulur tangan untuk menjalin jaringan dengan sekolahnya. 

Balasan Ikhlas daripada SMK Seafield




Pengetua, Y.Bhg Datin Hjh Zaleha telah juga memberi ucapan yang membanggakan dan seterusnya memberi taklimat berhubung kemajuan SMK Seafield dan mencadangkan untuk menghantar guru-guru mengajar English dan Sejarah di SMA Negeri 4 dalam bulan Januari 2012. Cadangan ini disambut baik oleh Ketua Sekolah , Komiti dan guru-guru sekelian. 

Dewan Serbaguna sumbangan Komiti (PIBG)




 Komiti SMA Negeri 4 didapati amat aktif dan telah banyak menyumbang kepada kemajuan sekolah yang telah berusia lebih setengah abad itu. Diantara sumbangan ialah pembinaan dewan serbaguna dan van sekolah. Rupa bentuk kemudahan dewan ini adalah sama seperti cadangan Pusat Koko yang sedang dalam proses pembinaan. Semantara pembelian  van untuk kegunaan sekolah juga  boleh dipertimbangkan di masa hadapan.




Van juga sumbangan Komiti (PIBG)

Sesungguhnya lawatan SMK Seafield ke SMA Negeri 4, Surakarta telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Semoga kerjasama dan hubungan yang erat akan menghasilkan impak yang membanggakan  kepada kedua-dua pihak di masa hadapan.