Thursday 25 April 2013

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2013



Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan ibu bapa pelajar yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam bidang akademik. Bagi menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik akan diadakan seperti butiran berikut:
  • Tarikh                        : 27 April 2013 (Sabtu)
  • Masa                          : 9.00 pagi
  • Tempat                       : Dewan Seri Kenangan SMK Seafield
Pihak PIBG ingin merakamkan tahniah kepada Pengetua, guru-guru serta staf SMK Seafield yang
telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis yang sungguh bermakna ini.

PIBG juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua  kerana sudi menjemput YDP PIBG SMK Seafield sebagai tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan majlis ini.

Semoga majlis ini mengembirakan pelajar-pelajar  cemerlang disamping meningkatkan semangat pelajar-pelajar lain untuk berlumba-lumba berusaha ke arah  kecemerlangan.

Tuesday 16 April 2013

ADAKAH ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG DAN PERKHIDMATAN PIBG?




Kepada  ahli PIBG dan pelawat yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke blog PIBG SMK Seafield. Terima kasih kepada anda yang menjadi tetamu tetap dan selamat bersua kepada tetamu baharu.

Blog ini disediakan untuk menjalin silatulrahim dikalangan ahli PIBG disamping menjadi forum bertukar-tukar fikiran dan maklumat tentang perkembangan semasa. Isu yang penting masa kini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta untuk meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran murid-murid di sekolah, rumah dan di komuniti kearah kecemerlangan. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan ialah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang mana pelancarannya telah dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Februari 2013 yang lalu.

Melalui blog ini, PIBG sedang menghebahkan  kepentingan Sarana Ibu Bapa dan cara mengisi soal selidik dan melakukan analisis kendiri bagi mengetahui tahap dan cara meningkatkan penglibatan ibu bapa bagi menyokong pembelajaran anak-anak. Blog ini juga menghebahkan berkenaan PPPM, Anjakan Ke-9, Transformasi dan Anjakan PIBG bagi menjayakan PPPM dan lain-lain.

Dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan PIBG secara berterusan,  kajian kepuasan pelanggan sedang di jalankan bagi mengetahui tahap kepuasan pelanggan dalam aspek kualiti blog ini dan perkhidmata PIBG SMK Seafield secara keseluruhannya.

Kerjasama anda selaku ahli PIBG dan pelawat adalah dipinta untuk mengisi format kajian kualiti blog dan kualiti perkhidmatan PIBG secara keseluruhannya yang terdapat di sebelah kanan blog ini. Sukacita jika anda dapat juga mencatatkan pandangan, komen dan cadangan di ruangan comment atau Jom Sembang.

Di atas kerjasama serta pandangan dan cadangan anda untuk menambah baik perkhidmatan PIBG, didahului dengan jutaan terima kasih.

Berusaha Ke arah Kecemerlangan.

Saturday 13 April 2013

SEJAUH MANA IBU BAPA MENYOKONG PEMBELAJARAN ANAK-ANAK KEARAH KECEMERLANGAN?



Matlamat ibu bapa memelihara dan membesarkan anak-anak adalah untuk menjadikan mereka rakyat yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara. Sementara mereka masih di dalam alam persekolahan, sewajarnya ibu bapa memberi sepenuh sokongan dalam pembelajaran anak-anak. Persoalannya, sejauh mana ibu bapa berupaya menyediakan empat (4) aspek persekitaran yang menyokong pembelajaran anak-anak? Empat persekitaran yang dimaksudkan ialah:
  1. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
  2. Interaksi sosial dengan anak
  3. Komunikasi dengan anak
  4. Sokongan terhadap kecemerlagan anak
Untuk mengetahui keupayaan ibu bapa masakini, ibu bapa bolehlah menjawab soal selidik  di bawah dan membuat analisis kendiri bagi setiap aspek dan  keseluruhan seperti berikut:

A. Latar belakang ibu bapa

Sila isi latar belakang anda sebagai ibu bapa dengan tandakan / di petak yang berkenaan. Contoh pengisian disertakan dibawah


 Contoh pengisian:



B. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran di rumah dan Interaksi sosial dengan anak.

Setelah mengisi latarbelakang, anda perlu menjawab 5 soalan yang berkaitan dengan penglibatan anda dalam Penyediaan suasana pembelajaran anak di rumah dan 5 soalan dalam aspek Interaksi sosial dengan anak. Contoh pengisian jawapan disertakan di bawah.


Contoh pengisisan jawapan:


Bagi aspek Penyediaan suasana pembelajaran di rumah skor saya ialah 3. Menakala aspek Interaksi sosial dengan anak saya mendapat 22.

Setelah anda mengetahui skor anda, mungkin anda ingin tahu kemajuan anda dalam aspek yang tersebut di atas. Untuk mengetahui sama ada anda Cemerlang atau Sedang Maju atau masih di peringkat Asas, anda perlu membuat analisis kendiri dengan mencatatkan skor anda di ruang yang berkenaan di bawah. Contoh analisis juga disertakan di bawah.


Contoh: Di ruang analisis kendiri bagi tajuk Penyediaan suasana pembelajaran di rumah, saya catatkan skor yang saya perolehi iaitu 3 diruang Sedang maju (2-3). Ianya menunjukkan bahawa saya sedang maju dalam menyediakan suasana pembelajaran anak di rumah. Saya perlu menambah baik dengan memastikan tempat belajar anak saya sentiasa bersih dan kemas. Saya juga perlu menyediakan buku rujukan anak saya secukupnya.


Anda perlu mengisi skor anda di ruang yang berkenaan di bawah bagi aspek Interaksi sosial dengan anak anda. Contog pengisian juga disertakan di bawah.


Contoh: Bagi aspek Interaksi sosial dengan anak saya memperolehi skor 22. Saya catatkan skor saya di ruang Cemerlang (22-35). Analisis menunjukkan bahawa saya telah melakukan hampir semua aktiviti sosial bersama anak saya. Namun saya perlu menambah bilangan hari dalam berbual, beriadah dan makan bersama dengan anak.



C. Komunikasi dengan anak dan Sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Ingin tahu sejauh mana anda telah membantu anak anda dalam pembelajarannya melalui aspek komunikasi dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Sila isi soal selidik berikut di bawah. Jika kurang pasti jawapan, anda boleh rujuk contoh jawapan di bawah.

Contoh: Bagi setiap soalan saya tandakan bilangan hari  saya terlibat dalam 5 aktiviti setiap aspek seperti tersebut di bawah.

Saya mendapat skor 21 bagi Komunikasi dengan anak dan 20 bagi Sokongan terhadap kecemerlangan anak. Kemudian saya catatkan skor saya kedalam indikator di format di bawah.

Anda perlu juga mencatatkan skor anda di format dibawah bagi aspek Komunikasi dengan anak dan Sokongan terhadap kecerlangan anak. Anda juga boleh melihat contoh pengisisn di bawah.


Contoh: Saya catatkan skor saya 21 bagi aspek komunikasi dengan anak kedalam indikator di format di bawah. Pencapaian saya setakat ini ialah Sedang Maju. Saya perlu meningkatkan bilangan hari untuk berbincang dengan anak mengenai pelajarannya, menambah masa untuk mendengar cerita apa yang berlaku di sekolahnya dan menambah kekerapan hari untuk berhubung dengan sekolah untuk mengetahui kemajuannya.


Seterusnya, anda perlu mengisi skor sokongan terhadap kecemerlangan anak ke ruangan yang berkenaan di bawah. Contoh juga adalah seperti di bawah.

Contoh: Skor saya bagi aspek Sokongan terhadap kecemerlangan anak ialah 20. Indikator menunjukkan saya berada di tahap Sedang Maju. Sya perlu meningkatka penglibatan saya dalam membaca bersama-sama anak saya dan membimbingg anak saya dalam menyiapakan kerja rumahnya.

D. Analisis keseluruhan

Sejauh mana pencapaian anda secara keseluruhan dalam 4 aspek sama ada Cemerlang atau Sedang maju atau Asas? Untuk mengetahui anda perlu mengisi markah anda di ruang dibawah. Kalau markah keseluruhan anda berada di paras 89-110:anda Cemerlang, tahniah. Kalau 23-88 Sedang Maju:masih banyak ruang untuk membantu dalam pembelajaran anak anda. Kalau 0-22: anda berada di tahap Asas, anda perlu berazam bersungguh-sungguh untuk menolong dalam pembelajaran anak anda dan ambil tindakan penamahbaikan segera. Ingat anak kita umpama permata yang perlu digilap supaya menyerlah ketahap cemerlang.

Contoh:

 Daripada mengisi soal selidik dan membuat analisis kendiri, ibu bapa boleh mengetahui sama ada berada di tahap Asas atau Sedang Maju atau Cemerlang. Daripda sini ibu bapa boleh meningkatkan penglibatan dalam aspek yang perlu penambahbaikan.

Ibu bapa boleh juga menimba ilmu dengan cara berkongsi pengalaman melalui penyertaan dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa di sekolah anda. 

Jika anda ingin mendapatkan buku Sarana Ibu Bapa sila klik di sini. Tunggu sebentar sementara downloading.

kepada ibu bapa yang budiman, saya pohon agar anda menghibahkan  kandungan blog ini kepada semua ibu bapa yang belum lagi mengisi soal selidik dan membuat analisis kendiri. Mudah-mudahan tindakan  anda dapat membantu semua ibu bapa dalam meningkatkan penglibatan mereka dalam pembelajaran anak-anak ke arah kecemerlangan.

Murid Cemerlang Sekolah Gemilang Negara Terbilang. 

Yang Benar,
Dato' Seri Abd Rahman Hj Ali 
YDP PIBG SMK Seafield
Jurulatih Utama Kebangsaan 







Monday 8 April 2013

BAGAIMANA IBU BAPA MENINGKATKAN PENGLIBATAN DALAM PEMBELAJARAN ANAK-ANAK




Assalammulaikaum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

“.... Menerusi Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, semua pihak
yang terlibat akan mempunyai peluang dan berperanan dalam
membantu membangunkan modal insan agar selaras dengan hasrat
Negara untuk mencapai kecemerlangan sistem pembelajaran”.
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
24 Februari 2013


Itulah saranan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran kepada semua yang terlibat termasuk ibu bapa supaya meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan semasa Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah pada 24 Februari 2013. 

Kita sebagai ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjaga dan mendidik anak-anak supaya mereka sentiasa sihat (healthy), gembira (happy), dan berjaya (success). Bagi mempastikan mereka berjaya dalam pelajaran, kita perlu menigkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak melalui  3 perubahan:

      
    1. Berganjak cara pemikiran kita daripada bergantung sepenuhnya Sistem Persekolahan untuk mendidik anak-anak kita semasa di sekolah kepada Sistem Pembelajaran yang menumpukan pembelajaran anak-anak bukan sahaja di sekolah bahkan juga semasa di rumah. 


    1. Berganjak cara pemikiran kita daripada bergantung sepenuhnya Sistem Persekolahan untuk mendidik anak-anak kita semasa di sekolah kepada Sistem Pembelajaran yang menumpukan pembelajaran anak-anak bukan sahaja di sekolah bahkan juga semasa di rumah.




      2.  Ibu bapa perlu meluaskan masa belajar anak-anak semasa mereka di rumah yang meliputi 12.5 jam selain masa tidur dan semasa di sekolah. Gunakan sepenuhnya masa di rumah untuk membuat kerja rumah, tuition dan belajar disamping beriadah.


      3.  Bagi memastikan persekitaran di rumah menyokong pembelajaran, ibu bapa perlu menumpukan kepada 4 aspek:
    1. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
    2. Interaksi sosial dengan anak
    3. Komunikasi dengan anak
    4. Sokongan terhadap kecemerlangan anak
    Sejauh mana anda telah berupaya menyediakan persekitaran menyokong pembelajaran anak-anak anda masakini? Anda boleh mengetahui kemampuan anda dengan menjawab soal selidik di muka surat 8 hingga 10 di dalam buku Sarana Ibu bapa dan membuat analisis di muka 11 hingga 15. 

    Setelah mengetahui tahap anda sama ada Cemerlang/ Sedang maju/ Asas, anda boleh menambahbaik prestasi anda dengan meningkatkan penglibatan dalam aspek berkenaan seperti tingkatkan bilangan hari beriadah bersama.

    Anda boleh dapatkan buku Sarana Ibu Bapa dengan CLICK DI SINI: SARANA IBU BAPA (Harap tunggu sebentar semasa downloading)

    Anda  digalakkan berkongsi pengalaman anda dalam menyokong pembelajaran anak-anak dengan ibu bapa lain dengan menyertai Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dengan mengisi Borang A di muka surat 35 Buku Sarana Ibu Bapa. Anda juga digalakkan menyumbang kepakaran anda dalam memajukan kegiatan murid disekolah dengan mengisi Borang B di muka surat 36.

    Semoga kesungguhan anda dapat meningkatkan prestasi anak-anak anda ketahap kecemerlangan.

    Selamat berjaya melalui Sarana Ibu Bapa.  

    Friday 5 April 2013

    ANJAKAN PIBG KE-7 BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM


    Anjakan Ke-7 yang perlu dilakukan oleh PIBG bagi menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM ialah mentaksir dan menambahbaik sistem perkhidmatan PIBG secara berterusan. 

    Menurut Instrument Penilaian PIBG, sistem perkhidmatan PIBG meliputi 3 aspek:

    1. Pengurusan dan Pentadbiran
    2. Pengurusan Kewangan
    3. Perlaksanaan Aktiviti
    Penambahbaikan sistem perkhidmatan PIBG  merangkumi aktiviti mentaksir di tahap mana PIBG anda berada sekarang berbanding dengan tahap yang sepatutnya. Kemudian  ambil tindakan pembetulan. Penaksiran melalui Instrument Penilaian IP-PIBG boleh membantu memberi maklumat yang diperlukan untuk penambahbaikan. Instrument ini boleh menunjukkan sama ada PIBG anda Cemerlang/Terbilang atau Baik atau Memuaskan atau Kurang Memuaskan atau Tidak memuaskan. Dicadangkan agar instrument ini digunakan setahun sekali bagi menaksir dan menambahbaik  sistem PIBG.

    Penemuan daripada aktiviti penandaaraan juga boleh digunakan untuk mentaksir status PIBG berbanding dengan PIBG di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa. Sistem PIBG juga boleh perhalusi dan dinaik taraf hasil daripada penandaarasan ini.

    Pentaksiran dan penambahbaikan sistem perkhidmatan  perlu dilakukan bagi menilai dan menjamin kejayaan PIBG anda.




    Thursday 4 April 2013

    ANJAKAN PIBG KE-6 BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM


    Dalam menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM, PIBG perlu melakukan Anjakan yang ke-6 iaitu meningkatkan kecekapan Biro- Biro yang telah dan akan ditubuhkan.

    Menurut Para 6.6.1 Buku Panduan PIBG Sekolah-Sekolah Malaysia, JKuasa PIBG hendaklah berusaha mempelbagaikan dan mempertingkatkan kegiatan menerusi biro-biro  tertentu selari dengan perancangan sekolah. Penubuhan biro-biro hendaklah dibuat dalam mesyuarat J Kuasa PIBG.

    Perlaksanaan Sarana Ibu Bapa  menuntut supaya PIBG menubuhkan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat. Jika biro-biro telah diwujudkan, maka PIBG perlu  menambah atau mengubah suai  nama biro berkenaan kepada Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat.

    Biro Kumpulan Sokongan Ibu bapa bertanggungjawab membuat perancangan dan melaksana aktiviti bagi menggalakkan ibu bapa berkongsi pengalaman dalam meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak. Perkongsian pengalaman akan meningkatkan kemahiran ibu bapa menyediakan 4 aspek persekitaran pembelajaran di rumah.

    Biro Maklumat pula bertanggungjawab menyediakan maklumat bagi meningkatkan penglibataan       ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan. Contoh maklumat yang  boleh disediakan ialah tahap penglibatan Ibu bapa Masa Kini, Senarai pelajar lemah, senarai ahli Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, Senarai kepakaran Ibu Bapa. Senarai ibu bapa yang secara sukarela membantu dalam aktiviti pelajar dan lain-lain.

    Kemajuan Biro-Biro yang diwujudkan bergantung kepada inisiatif dan kreativiti ketua dan ahli-ahlinya.

    Selamat menjayakan Biro-Biro demi kejayaan PIBG.


    Wednesday 3 April 2013

    ANJAKAN PIBG KE-5 BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM


    Anjakan  Ke-5 yang perlu PIBG lakukan ialah  membimbing ibu bapa meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak melalui penggunaan Sarana Ibu Bapa (SIB). Perlaksanaan SIB dikalangan ibu bapa akan meningkatkan prestasi pembelajaran ke tahap cemerlang.

    PIBG perlu merancang jadual latihan SIB bersama-sama Jurulatih Utama Negeri/Daerah yang berdekatan kerana mereka telah dilatih untuk memberikan ceramah dan latihan SIB di peringkat negeri dan daerah disamping Kepimpinan PIBG sendiri perlu faham  dan menghayati SIB.

    Semasa latihan SIB kepada ibu bapa, PIBG perlu edarkan salinan buku Sarana Ibu Bapa jika ada. Jika tiada, memadai mengedarkan soal selidik kendiri yang akan diisi sendiri oleh ibu bapa semasa latihan. Ibu bapa selepas itu, perlu membuat analisis kendiri di tahap mana penglibatan mereka dalam pembelajaran anak  dalam 4 aspek:
    1. Penyediaan suasana pembelajaran  di rumah.
    2. Interaksi sosial dengan anak.
    3. Komunikasi dengan anak.
    4. Sokongan terhadap kecemerlangan anak.
    Analisis kendiri akan menunjukkan ibu bapa sama ada kini berada di tahap Asas, Sedang Maju atau Cemerlang bagi setiap 4 aspek dan analisis keseluruhan. Tindakan perlu diambil oleh setiap ibu bapa bagi mempastikan mereka menambahbaik penglibatan mereka dalam 4 aspek seperti tersebut diatas.

    Setiap PIBG juga perlu tahu tahap penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak bagi sekolah masing-masing. Sebagai contoh dengan membuat analisis berdasarkan sampel seperti mana yang dilakukan oleh SMK Seafield.


    Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tindakan susulan perlu dilakukan oleh PIBG bagi mempastikan prestasi ibu bapa ditambah baik dan pastikan semua ibu bapa menggunakan SIB menjelang 31 Disember 2013.

    PIBG juga perlu mendapatkan maklumat tentang kesanggupan ibu bapa melibatkan diri dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa melalui Borang A dan maklumat Bidang Khidmat Bantu Sekolah melalui Borang B yang juga diedarkan bersama soal selidik  kendiri dan Borang A. 

    PIBG perlu menubuh dan mengaktifkan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Biro Maklumat (BM). Tindakan ini boleh diambil dengan mengubahsuai nama biro yang sedia ada atau menubuhkan biro yang baru dimana sesuai. Matlamat penubuhan KSIB adalah  untuk mengwujudkan forum bagi ibu bapa berkongsi pengalaman dalam meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak. Sementara Biro Maklumat adalah untuk menyediakan maklumat yang diperlukan bagi menjayakan SIB.

    PIBG bersama sekolah juga diperlukan bersedia memberi maklumbalas tentang kemajuan perlaksanaan SIB kepada PPD dan JPN dari masa ke semasa.


    Tuesday 2 April 2013

    ANJAKAN PIBG KE-4 BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM


    Setelah kepimpinan PIBG mempunyai iltizam untuk memenuhi tuntutan Anjakan Ke-9 PPPM, memantapkan penerapan dan amalan nilai murni dan etika kerja yang cemerlang serta mengfokuskan perkhidmatan kepada pelanggan terutama kepada murid yang merupakan pelanggan utama, PIBG perlu memperkasa dirinya melalui pengurusan strategi. 

    Sebagaimana saranan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran yang menekankan bahawa transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju yang jelas, transformasi PIBG  memerlukan pengurusan strategi yang meliputi perancangan, perlaksanaan dan pengawalan strategi.

    Dalam merancang strategi, PIBG tidak boleh lagi melakukan perancangan tahunan. PIBG perlu melakukan perancangan strategik yang meliputi perancangan melebihi setahun selaras dengan Anjakan Ke-9 yang merangkumi 13 tahun. Ini meliputi Aspirasi, Visi dan Misi PIBG, Bidang Keberhasilan Utama PIBG atau PTA's Key Result Areas (PKRA), Program, Aktiviti dan Pelan Operasi berpandukan  Akta Pendidikan 1996, Peraturan dan Perlembagaan PIBG dan PPPM,analisis perkhidmatan dan maklumat terkini .Contoh salah satu program yang perlu dirancang ialah membimbing semua ibu bapa melaksanakan Sarana Ibu Bapa bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak dalam tempoh 2013-2015. PIBG juga perlu merancang aktiviti Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat yang telah ditubuhkan.

    PIBG dan sekolah juga perlu merancang strategi bagi menaik taraf sekolah daripada taraf sekolah biasa kepada Sekolah Kluster Kecemerlangan. Daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan kepada Sekolah Berprestasi Tinggi. Jangka masa perancangan ini sudah tentu melebihi setahun.

    Dalam melaksana strategi yang telah dirancang, PIBG perlu menganalsis  dan menambah baik cara dan proses kerca supaya menepati masa, mengurangkan kos dan memenuhi kehendak pelanggan dan Stakeholders iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. AJK PIBG perlu mengunakan Biro- Biro yang ditubuhkan bagi mrningkatkan prestasi PIBG.

    Setiap strategi yang dilaksanakan memerlukan pengawalan supaya ianya efesyen dan berkesan.  Pengawalan meliputi penilaian bulanan, semasa Mesyuarat Agung Tahunan, pentaksiran, penandaarasan dan pengiktirafan.

    Pengamalan pengurusan strategi dapat memperkasa  transformasi PIBG ke arah menjayakan transformasi Pendidikan.

    Posting yang akan datang akan menerangkan Anjakan PIBG Ke-5: Membimbing Ibu Bapa bagi Meningkatkan  Penglibatan Ibu Bapa dalam Pembelajaran Anak-Anak. Anjakan Yang Penting bagi PIBG dan ibu bapa.

    Anjakan Perlu Untuk Kejayaan

    Monday 1 April 2013

    ANJAKAN PIBG KE-3 BAGI MENJAYAKAN ANJAKAN KE-9 PPPM


    PIBG ditubuhkan adalah bertujuan untuk menjadi peneraju permuafakatan antara  ibu bapa, guru dan komuniti demi kecemerlangan pelajar. Ini bererti segala perkhidmatan  yang PIBG lakukan hendaklah difokuskan kepada peningkatan prestasi dan kecemerlangan pelajar, yang merupakan pelanggan utama PIBG. Disamping pelajar, pelanggan PIBG yang lain ialah ibu bapa, guru, komuniti setempat dan pihak swasta.
     
    Dalam melaksanakan tanggungjawab, PIBG perlu memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan bukan keperluan individu atau kelumpuk dalam PIBG. Keperluan pelanggan boleh dikesan melalui:
    1.  permohonan  sumbangan seperti pembelian peralatan, penyelenggaran dan penganjuran aktiviti murid.
    2. mengumpul, menganalisis dan menggunakan maklumat untuk keperluan dan kepuasan pelanggan. Contoh menyediakan senarai kepakaran ibu bapa, senarai pelajar lemah, senarai kumpulan sokongan ibu bapa.
    3. maklumat daripada Peti Cadangan PIBG.
    4. Kajian Kepuasan Pelanggan
    5. sumber-sumber lain.
    Melalui maklumbalas dan cadangan yang diberikan oleh pelanggan, berbagai inisiatif boleh dilaksanakan demi kepuasan dan peningkatan prestasi pelanggan utama iaitu murid..