Sunday 30 December 2012

SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU




Kami, AJK PIBG SMK Seafield ingin mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan pelajar Tingkatan 1 ke SMK Seafield.

Tahniah diucapkan kepada tuan puan dan pelajar semua kerana kini menjadi warga SMK Seafield,  Sekolah kluster Kecemerlangan dan di antara sekolah yang popular di kawasan Subang.

Tahniah juga kepada setiap ibu bapa yang  sekarang menjadi  anggota PIBG SMK Seafield, PIBG Terbaik Sekolah Menengah Malaysia, berpandukan kepada Para 5 perlembagaan PIBG, yang menyebut, ' Anggota Persatuan terdiri daripada: ...(b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah'.

Kami yakin penyertaan tuan puan  sebagai anggota PIBG SMK Seafield akan menyemarakkan lagi semangat dan usaha  meningkatan Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan  melalui Sarana Ibu Bapa selaras dengan tuntutan Anjakan Ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(PPPM).

Saya selaku YDP PIBG dan  Jurulatih Utama Negeri akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan PPPM, konsep dan penggunaan Sarana Ibu Bapa di Majlis Orientasi Tingkatan 1 pada 31 Dis.2012.

Selamat Tahun Baru dan Semoga Terus Berjaya.

Yang Benar,

Dato' Seri Abd. Rahman Hj Ali
YDP PIBG SMK Seafield



Tuesday 25 December 2012

MERRY CHRISTMAS






To All Teachers, Parents and Students 
of SMK Seafield
And
Dearest Guests,
Merry Christmas & Happy New Year.
May this Christmas and all the New Year
Bring Peace, Happiness and Prosperity
to You and Your loved ones
Sincerely,
PTA (PIBG) SMK Seafield.