Friday 27 April 2012

PIBG TERBAIK SEKOLAH MENENGAH


PIBG SMK Seafield telah dianugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan kategori PIBG Terbaik Sekolah Menengah oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia di Majlis Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada 24 April 2012.

Pemenang Anugerah Bersama YBhg ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pihak Pibg amat bersyukur dan sukacita kerana segala jasa bakti yang digembling selama ini demi kecemerlangan pelajar telah diiktiraf oleh kerajaan.Lebih mengharukan lagi ialah PIBG SMK Seafield buat julung kalinya telah dinobatkan sebagai PIBG terbaik di kalangan Sekolah Menengah di Malaysia.

Warga SMK Seafield Bersama YBhg Pengarah dan Pegawai Pelajaran Selangor

Sesungguhnya anugerah ini adalah hasil usaha gigih yang berterusan dengan  kerjasama yang padu di antara PIBG, Pengetua dan warga sekolah serta bimbingan pihak JPS dan PPD Petaling Perdana.

Kejayaan ini  telah memberi perangsang  kepada semua ahli PIBG dan warga sekolah untuk lebih gigih dalam mentransformasi PIBG kearah peningkatan prestasi dan kecemerlangan pelajar sekelian.

PIBG Mentransformasi, 
Pelajar Meningkat Prestasi, 
SMK Seafield Berprestasi TInggi

Tuesday 24 April 2012

PIBG DIANUGERAH CEMERLANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR



PIBG SMK Seafield telah dianugerah sebagai PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Selangor bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Anugerah yang berupa cek bernilai RM 2,500.00, tropi dan sijil telah di sampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Abdullah Bin Mad Yunus, Pengarah  Pelajaran Negeri Selangor kepada Yang Berbahagia Dato' Abd Rahman Bin Hj Ali, YDP PIBG di upacara yg telah diadakan di MSU, Shsh Alam pada 10 April 2012.

Para hadirin meliputi Datin Rosalind, Datuk Norayini & Pn Chong

PIBG amat bersyukur diatas penganugerahan ini. Ianya akan meningkatkan azam PIBG untuk terus melipatgandakan usaha kearah kecemerlangan pelajar.

.Warga Seafield bersama Anugerah PIBG & Akadenik

Semoga PIBG mentransformasi, pelajar meningkat prestasi, SMK Seafield berprestasi tinggi

Sunday 8 April 2012

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH PIBG KEBANGSAAN

Dengan sukacitanya kami,ahli-ahli PIBG mengalu-alukan kedatangan Panel Penilai Anugerah PIBG Kebangsaan pada 9 April 2012.

Kami merasa bertuah kerana menerima kunjungan kali kedua daripada Panel yang arif lagi budiman..

Sesungguhnya lawatan ini akan memberi semangat, dorongan dan pengalaman yang berharga kepada kami dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar.

Diatas kesudian panel melawat kami, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,
AJK PIBG SMK Seafield

Friday 6 April 2012

SELAMAT DATANG KE PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR PERMATA HATI 2012




PIBG mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke Program Pintar Permata Hati 2012. Program ini adalah anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PIBG.Butiran program adalah seperti berikut:

                           Tarikh      : 7 April 2012
                           Masa        : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
                           Sasaran    : Ibu Bapa pelajar-pelajar Permata Hati
                           Tempat    : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield

Semoga program ini  akan memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang perkembangan anak masing-masing dan mengatur tindakan untuk membantu menambahbaik prestasi anak-anak mereka.