Sunday 30 October 2011

DASAR 1MURID 1SUKAN


Dasar 1Murid 1Sukan adalah satu lagi dasar yang diberi taklimat di dalam Majlis Bersama KPM 2011 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor pada 20hb Oktober 2011 yang lalu.Saya akan memberi penerangan ringkas disini berdasarkan taklimat yang diberikan, perbincangan di majlis itu, maklumat dari brocer dan Buku panduan 1Murid 1Sukan.



Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.Ini bererti, setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.


Dasar 1Murid 1Sukan menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani (JERI) dengan:

  • Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif,
  • Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan
  • Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Siapakah yang wajib menyertai 1Murid 1Sukan? 
  • Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah.
  • Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini derdasarkan kemempuan sekolah.
Apakah tanggungjawab murid semasa kegiatan sukan?
  • Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan seperti masalah jantung,   asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa ke semasa kepada guru penasihat sukan yang berkenaan. 
  • Murid hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu menjalani aktiviti sukan.
  • Murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku ketidakselesaan sewaktu menjalani aktiviti sukan.
  • Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan tanpa pengawasan guru.
  • Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti sukan atau permainan.
  • Murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alatan kepada guru yang bertugas.
  • Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru penasihat yang bertugas.
Berapakah peruntukan 1Murid 1Sukan? 

Hadirin di Majlis Bersama KPM telah dimaklumkan bahwa peruntukan: 
  • Sebanyak RM 4.00 bagi setiap murid di Sekolah Rendah; dan
  • Sejumlah RM 6.00 bagi setiap murid di Sekolah Menengah akan disalurkan bagi melaksanakan dasar ini setiap tahun. 
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan 1Murid 1Sukan sila klick di sini

Pihak PIBG menyokong sepenuhnya Dasar 1Murid 1Sukan ini demi kecemerlangan pelajar.

Ikhlas Dari,
YDP PIBG

Tuesday 25 October 2011

HAPPY DEEPAVALI 2011



To All Hindu AJK,
Teachers, Parents, Students and Visitors,
On this auspicious day of Deepavali,
Wishing You 
Success, 
Happiness &
Prosperity
Happy Deepavali.
 Best Regards,
PIBG

Monday 24 October 2011

THE IMPLEMENTATION OF MBMMBI TO REPLACE PPSMI

MBMMBI BOOKLET

The government's decision  to replace PPSMI (the Teaching of Science and Mathematics in English) by MBMMBI ( To Uphold Bahasa Malaysia and to Strengthen the English Language) has become a major issue among parents lately.

I have the opportunity to attend Majlis Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) on the 20th October 2011whereby MBMMBI policy has been explained together with four other new policies to be implemented soon.Based on the knowledge I obtained from the briefing, discussion and leaflet given on this subject, I will try to clarify the implementation of MBMMBI here.

As we all know, PPSMI was started in 2003. Since then, about 20 studies have been conducted to determine the effectiveness of PPSMI. These studies have revealed  findings which include:
  • The result of the UPSR examination for Science and Mathematics in National Schools showed a deterioration in the achievement of the ABC for the first batch who went through the full PPSMI in primary school.
  • The gap in achievement between schools in the urban and rural areas in the level of Science and Mathematics had widened during the implementation of PPSMI.
  • On Average,English was used only between 53 and 58% of the time allocated for the teaching of Science and Mathematics.
  • The result of UPSR, PMR and SPM showed that the achievement of students in BM was much higher than in English irrespective of whether the student were in the urban or rural areas. The result showed that the students did better when Science and Mathematics were taught in BM.
Based on the shortcomings of PPSMI the government has approved the implementation of MBMMBI as follows:
  1. The teaching and learning of Science and Mathematics in BM  in Tahun 1 has started in 2011
  2. The teaching and learning of Science and Mathematics in BM in Tingkatan 1 will start in 2012
  3. For the rest of Tahun and Tingkatan, the teaching and learning of Science and Mathematics will be carried out bilingually.
  4. The Science and Mathematics examinations for UPSR and SPM will continue to be carried out bilingually until 2016 and 2015 respectively.
  5. Text books of Science and Mathematics in Bahasa Malaysia will be given to Tingkatan 1, Tingkatan 4 in 2012.
I hope the above brief explanation has helped you as parents and students in understanding the current state of affair in the implementation of MBMMBI.

In order to gauge the preference of students  in the  learning of  Science and Mathematics, PIBG has prepared a poll to be completed by SMK Seafield students who will be in form 2 to form 5 next year. Please find the poll at the right of this posting. This finding will help PIBG to indicate to the school administrator regarding your preference as SMK Seafields students.

For your further reading regarding MBMMBI please click here.

To parents, please feel free to leave your comments or inquiries. PIBG will try our best to help you. To students of Form 2 to Form 5 next year, please  select your preference by completing the poll. Your cooperation is indeed appreciated.

Thanks.

Warm Regards,
YDP PIBG

ORGANISASI PIBG 2011/2012

Carta Organisasi PIBG 2011/2012

Mesyuarat Agung PIBG yang bersidang pada 26 Februari 2011 telah melantik AJK yang dianggotai oleh 15 orang selaras dengan perenggan 9 perlembagaan PIBG seperti berikut:

   Perenggan 19 (a)Perlembagaan memperuntukan Pengetua Pn Hjh Zaleha Abu Hasan, seorang guru yang luas pengalaman sebagai anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai Penasihat.
  Dalam usaha untuk mengiktiraf jasa bakti Datin Rosalind Lee Suy Ting yang telah memimpin PIBG sebagai YDP selama 8 tahun, beliau telah dilantik sebagai  Penaung.
  Dato' Abd Rahman HJ Ali, bekas Ketua Pengarah RISDA telah diamanahkan memegang jawatan Yang DiPertua.
  En. Prabakar Nair, seorang Pengurus Kanan dan Jurutera  memegang Naib Yang Dipertua
Pn. Latiffah Mohammad seorang guru memegamg Setiausaha.
Pn Tee Lay Pin, guru selaku Bendahari,
6 orang ahli jawatankuasa mewakili ibu bapa. Iaitu En Yazid Joinee Pengurus Kanan Sy Scomi Engineering, En Yeo Kim Hock , Jurutera MAS, Pn suhaily Ng, Suri Rumah,
En Shahruddin Mohd Nor, Tim Ketua Pengarah Keraf Malaysia., Pn Choo Min Fong, Suri Rumah, Pn Tee Siok Yam,Pengurus Hartanah.
  PIBG juga dibantu oleh 5 ahli jawatankuasa mewakili guru yang terdiri daripada Pn Shahrizat Mahat, En Muhammad Tasnim, Pn Ng Shwu Leng, Pn Doris Selvi Thomas dan Pn Norazlinda Amir Nordin.
  Mesy Agung Tahunan juga telah melantik 2 orang Juru Audit Dalaman: En Jimmy Tan  Yong An , seorang 'businessma'n dan 'motivator' dan Pn Looi  Siew Kean ,guru.

Bagi memesat dan menyalaras aktiviti PIBG, AJK telah menubuhkan 6 biro dan melantik pengerusi bagi setiap biro seperti berikut: 
  1. Biro Komunikasi & Maklumat  -         En Prabakar S.Nair (NYDP)
  2. Biro Kebajikan-                                 En Shahrudin Mohd Nor
  3. Biro Penyelidikan & Pembangunan -   En Mohd Yazid Joinee
  4. Biro Pendidikan -                               En Yeo Hock Kim
  5. Biro Economi -                                  Pn Tee Siok Yam
  6. Biro Sosial -                                      Pn Suhaily Ng
Barisan kepimpinan AJK PIBG ini sedang mengembling sumber dan tenaga bagi  melaksana Misi kearah mencapai  Visi organisasi.

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PEMIMPIN PIBG

Sejak penubuhannya pada 23 Februari 1994, PIBG SMK Seafield telah bergerak cergas   seiring dengan perkembangan sekolah yang bermula dengan hanya 480 pelajar hingga kini  mencapai ketahap 2,225 orang.

Kemajuan PIBG sehingga kini adalah hasil pengorbanan dan jasa bakti pemimpin-pimpinan yang terdiri daripada Penasihat PIBG, Yang DiPertua, Naib Yang Dipertua, Ahli Jawatankuasa, Juru Audit Dalaman serta sokongan Ibu Bapa, Penolong Kanan,Guru, pelajar dan orang awam sekelian.

Di 'Posting ' yang pertama ini saya  ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pemimpin  PIBG yang telah bertungkus lumus memajukan PIBG sehingga ketahap yang sungguh membanggakan. Kami sungguh menghargai jasa Datin, tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Semoga tuhan akan memberi ganjaran yang setimpal keatas segala sumbangan yang diberikan itu.

Kami doakan semoga Datin, tuan-tuan, puan-puan sentiasa diberi kesejahteraan dan maju jaya dalam kehidupan. Kami juga berharap agar Datin, tuan-tuan, puan-puan akan terus memberi sokongan kepada PIBG dalam usahanya memajukan pelajar kearah kecemerlangan.

Bermuafakat Kearah Kecemerlangan

Dato' Abd Rahman Bin Hj Ali
YDP PIBG